Connect with us

Oh! Media

Tular Harga Sayur Naik Mendadak, KPDNHEP Beri Maklum Balas

Trending

Tular Harga Sayur Naik Mendadak, KPDNHEP Beri Maklum Balas

Baru-baru ini, kecoh dakwaan mengenai harga beberapa jenis sayur-sayuran di pasaran yang didapati meningkat naik sehingga 200 peratus sejak dua minggu lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: Cara Untuk Pastikan Sayur Dan Buah-Buahan Tahan Lama

Menurut Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader, lapan jenis sayuran yang naik mengikut Sekilogram (kg) seperti:

1. Kubis bunga: RM16 dari RM7

2. Sawi pendek: RM6 dari RM3 (Naik 200 peratus)

3. Brokoli: RM20 dari RM8 (Naik 150 peratus)

4. Kacang Buncis: RM15 dari RM8 (Naik 88 peratus)

5. Cili merah: RM19 dari RM13 (Naik 46 peratus)

6. Kubis: RM6 dari RM3 (Naik 50 peratus)

7. Cili Hijau: RM14 dari RM10 (Naik 40 Peratus)

8. Sawi: RM8 dari RM5 (Naik 60 peratus)

Tambahnya lagi, terdapat juga beberapa pemilik kedai runcit yang mendakwa terdapat pengedar serta pemborong yang memberitahu harga sayur-sayuran yang lain juga akan turut naik.

Perkara ini juga akan memberi impak kepada golongan berpendapatan rendah. Golongan ini akan terjejas teruk dengan kenaikan harga barang seperti sayur-sayuran ini,

Oleh itu, beliau menggesa agar pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk segera mengambil tindakan.

Sedar akan kenaikan harga sayur, KPDNHEP beri penjelasan

Berhubung dengan isu tersebut, menurut pengarah KPDNHEP negeri, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar, beliau mengesahkan terdapat kenaikan harga sayur berdasarkan beberapa faktor.

Antarannya ialah berpunca daripada faktor cuaca yang kian memburuk seperti hujan tidak menentu memaksa harga sayur dinaikkan.

Tambahnya lagi, pihak FAMA juga memaklumkan bahawa bekalan sayur-sayuran di Pulau Pinang semakin berkurangan akibat berlaku kerosakan sayur-sayuran milik petani di Cameron Highland.

Bukan sahaja bekalan sayuran dari tanah air, malah bekalan sayur-sayuran import juga turut menerima tempias sama akibat dilanda cuaca buruk.

Selain itu, bekalan sayur-sayuran import turut berkurangan ekoran negara pengeluar mengalami keadaan cuaca sejuk melampau serta kenaikan kos pengangkutan kontena dari negara asal.

Bagaimanapun, Seksyen Penguat Kuasa KPDNHEP telah pun menjalankan pemeriksaan terhadap pengimport serta pemborong sayur bagi mendapatkan maklumat terkini harga sayur-sayuran.

Kredit: Utusan Malaysia I Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas