Connect with us

Oh! Media

Hanya Kerana Tidak Siap ‘Homework’, Pelajar Tahun Lima Dirotan Oleh Guru Besar

Ohmedia pelajar

Oh! Tidak

Hanya Kerana Tidak Siap ‘Homework’, Pelajar Tahun Lima Dirotan Oleh Guru Besar

Seorang pelajar tahun lima mendakwa dirinya cedera di badan dan muka kerana dirotan oleh guru besar sekolah hanya kerana dia gagal menyiapkan kerja sekolah, disebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Jementah, Segamat.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, dia menerima maklumat mengenai kejadian berikut menerusi laman Facebook Polis Daerah Segamat, jam 11 malam semalam.

Berikutan itu, pihak mereka meminta mangsa untuk hadir ke balai polis bagi membuat laporan berkenaan kejadian itu.

IKLAN
Pelajar

Pada jam 12.10 pagi ini, satu laporan polis telah dibuat oleh ibu mangsa mengatakan anaknya yang merupakan pelajar Tahun Lima sekolah itu mengalami cedera pada bahagian leher kiri, bahu kiri dan calar di muka akibat dirotan seorang Guru Besar wanita berusia 50-an.

Siasatan awal mendapati pelajar itu telah dirotan oleh guru berkenaan disebabkan mangsa gagal menyiapkan kerja sekolah dan bersikap sambil lewa semasa sesi pembelajaran di sekolah.

Malah, polis turut mengambil keterangan guru besar tersebut bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Ahmad Zamry menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang kenyataan palsu dan spekulasi berhubung kejadian itu.

Tambahan, polis juga memohon terutama ibu bapa yang mengetahui anak mereka merupakan mangsa buli di sekolah untuk segera memaklumkan maklumat kepada pihak berkuasa.

BACA: MB Kedah, Sanusi Anggap Murid Sekarang Macam Ternak ‘Ayam’ Di Sekolah, Tak Boleh Denda Atau Rotan

Kredit: Buletin TV3

+ Baac respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas