Connect with us

Oh! Media

MB Kedah, Sanusi Anggap Murid Sekarang Macam Ternak ‘Ayam’ Di Sekolah, Tak Boleh Denda Atau Rotan

denda

Oh! Negara

MB Kedah, Sanusi Anggap Murid Sekarang Macam Ternak ‘Ayam’ Di Sekolah, Tak Boleh Denda Atau Rotan

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor tampil menyindir sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak masing-masing sehingga sanggup ‘mengambil alih’ tugas cikgu di sekolah.

ADVERTISEMENT

Ujar Sanusi, institusi pendidikan semakin mencabar pada ketika ini kerana anak-anak murid terlalu ‘manja’ di sekolah.

Macam ternak ayam daging di sekolah..

Tak boleh denda, murid tak boleh rotan, tak boleh tegur atau marah. Kalau semua tak boleh buat kita sedang ternak ayam daging di sekolah. Tak tau nak cakap, kita tak boleh ternak ayam daging di sekolah.

Jelasnya lagi, tindakan disiplin yang munasabah perlu diadakan agar anak murid dan ibu bapa faham. Ini tentang perkara salah yang tidak boleh dilakukan di sekolah.

Takkan nak marah pun tak boleh nak kena masuk mesyuarat bincang dahulu?- Katanya.

Sanusi turut memberi komen mengenai model pendidikan yang diamalkan di peringkat antarabangsa perlulah disesuaikan dengan persekitaran dan suasana sesebuah negara, termasuklah Malaysia.

Mengambil contoh sistem pendidikan Finland, Amerika Syarikat yang sesuai dengan negara itu sahaja di mana mereka tidak membenarkan lagi amalan denda namun di Malaysia masih belum sesuai lagi untuk mengambil pendekatan itu.

Tak boleh diaplikasikan, takkan satu sistem sahaja untuk satu dunia. Penyatuan sistem pendidikan seperti ini tidak sesuai dengan keadaan di satu tempat itu – Sanusi

Kita harapkan teguran dan pendapat ini dapat memberikan penambahbaikan dalam sistem persekolahan negara.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas