Connect with us

Oh! Media

Guna Ilmu Pukau? Suspek Bawa Lari Duit Depan Mata Jurujual Diburu Polis

Trending

Guna Ilmu Pukau? Suspek Bawa Lari Duit Depan Mata Jurujual Diburu Polis

Baru-baru ini, tular satu insiden membabitkan seorang jurujual di sebuah premis aksesori telefon yang dikatakan telah ‘dipukau’ oleh seorang individu.

ADVERTISEMENT

BACA: Polis Berjaya Tangkap Pencuri Bersiri Pakaian Dalam Wanita

Menurut laporan Kosmo, Individu lelaki tersebut telah menyamar sebagai seorang juruteknik komputer sebelum melarikan sejumlah wang dalam kejadian di Puncak Alam, Kuala Selangor.

Menerusi sebuah video yang dirakam oleh Kamera Litar Tertutup, (CCTV) lelaki yang dalam lingkungan 40-an itu dikatakan telah memperdaya jurujual tersebut seolah-olah seperti dipukau.

Kejadian yang berlaku pada pukul 7.15 petang itu menyebabkan premis berkenaan terpaksa menelan kerugian sebanyak RM750 gara-gara tipu helah individu tersebut.

Polis buru lelaki perdaya jurujual, larikan wang

Berhubung dengan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya kini sedang memburu suspek yang terlibat dalam aktiviti jenayah itu.

Bercerita tentang kejadian, pada mulanya suspek telah mendatangi mangsa sebelum memperkenalkan diri sebagai seorang Juruteknik Bahagian Sistem Komputer dari ibu pejabat premis berkenaan.

Kemudian, suspek menyuruh jurujual itu untuk mengira wang di kaunter yang berjumlah RM750 dan mencetak penyata akuan bagi menyemak hasil jualan.

Usai mengira, mangsa dilihat meletakkan wang berkenaan di tepi meja kaunter selain turut disuruh individu tersebut untuk menandatangani beberapa resit.

Suspek kemudian meminta supaya menandatangani beberapa resit dan membuatnya sibuk sehingga mangsa berasa seolah-olah sudah dipukau.

Selain itu, hasil rakaman CCTV juga mendapati suspek turut mengira semula wang tersebut dihadapan mangsa sebelum dimasukkan ke dalam poket.

Minta bantuan orang ramai bagi menemui suspek

Tambah Ramli, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan sehingga kini dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri dalam bangunan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek turut diminta untuk hadir ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati orang ramai khususnya kepada peniaga atau pekerja untuk lebih berwaspada dan segera menghubungi polis sekiranya berlaku sebarang aktiviti yang mencurigakan dari seseorang individu.

Kredit: Kosmo! I Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas