Connect with us

Oh! Media

Polis Berjaya Tangkap Pencuri Bersiri Pakaian Dalam Wanita

Oh! Tidak

Polis Berjaya Tangkap Pencuri Bersiri Pakaian Dalam Wanita

Apa sudah jadi? Tak sangka perbuatan kotor seperti ini masih berlaku dalam masyarakat kita.

ADVERTISEMENT

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisoner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata mereka telah berjaya menahan seorang lelaki berusia 23 tahun yang dipercayai mencuri pakaian dalam wanita dari ampaian rumah mangsa di sebuah kondominium Bandar Sunway.

Laporan polis ini dilakukan oleh seorang wanita berusia 35 tahun yang menyedari pakainya selalu hilang.

Pada hari kejadian jam 10.30 pagi, dia melihat seorang lelaki berlegar-legar di kawasan lif dan mengesyaki lelaki itu terbabit dengan kehilangan pakaian miliknya sebelum ini.

Dia kemudian memaklumkan kejadian kepada suami sebelum melaporkan kepada pihak pengurusan kondominium. Mereka berjumpa suspek dan lelaki itu mengakui mencuri pakaian wanita lalu menunjukkan tempat simpanan pakaian terbabit di dalam bilik tidur rumahnya. – Kata Fakruddin.

Semasa membuat tangkapan, polis turut berjaya merampas 58 pakaian wanita termasuk sebatang kayu yang telah diubah suai dipercayai digunakan untuk mengambil pakaian dari ampaian mangsa.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top