Connect with us

Oh! Media

Gara-Gara Draf Penghakiman Kes Rosmah Mansor Bocor, Polis Siasat Hakim Zaini

Trending

Gara-Gara Draf Penghakiman Kes Rosmah Mansor Bocor, Polis Siasat Hakim Zaini

Kecoh di media sosial selepas satu dokumen yang didakwa merupakan draf keputusan penghakiman mengenai kes rasuah melibatkan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dikatakan telah bocor lebih awal.

ADVERTISEMENT

BACA: “Lebih Baik Bun*h Saya”- Rosmah Mansor Terkilan, Permohonan Masuk Penjara 1 Hari Gagal

Sehubungan dengan itu, 10 individu termasuk seorang hakim Mahkamah Tinggi telah dipanggil pihak polis untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai memaklumkan bahawa ketika ini pihak polis sedang dalam proses mengenal pasti mereka yang didakwa terlibat dengan kebocoran itu.

Perkara itu masih dalam siasatan.

Untuk info, draf penghakiman yang didakwa bocor itu dikongsi blogger, Raja Petra Kamarudin menerusi laman webnya pada 29 Ogos yang lalu.

Pihak pembelaan kemudiannya memohon agar hakim Zaini dilucutkan daripada mengetuai kes perbicaraan Rosmah atas hujah bahawa terdapat pihak lain yang menyiapkan keputusan penghakiman kes tersebut.

Namun perkara itu dinafikan Zaini dengan memaklumkan bahawa draf penghakiman tersebut adalah pendapat daripada Bahagian Penyelidikan.

Tambah Zaini lagi, dia melakukan penyelidikannya mengenai kes itu secara sendiri dan memaklumkan bahawa dua dokumen yang kononnya draf penghakiman melibatkan kes Rosmah itu tidak disediakan untuknya atau diminta olehnya.

Kredit: malaysiakini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas