Connect with us

Oh! Media

Gara-Gara Beri Pandangan Isu ‘Buat-Buat Bodoh’, Dr Amalina Diserang Netizen

Trending

Gara-Gara Beri Pandangan Isu ‘Buat-Buat Bodoh’, Dr Amalina Diserang Netizen

Penceramah bebas dan juga pakar mata, Prof Datuk Dr. Muhaya Mohamad mengundang kecaman selepas tular video menasihati wanita berkenaan pencarian jodoh. Malah, video berkenaan turut mendapat perhatian pelatih pakar bedah, Dr Nur Amalina Che Bakri.

ADVERTISEMENT

Dr Nur Amalina menerusi status di Twitter mendakwa Prof Muhaya telah memberi mesej yang salah kepada wanita. Beliau berpendapat wanita tidak perlu merendahkan tahap intelektual mereka semata-mata mahu menarik lelaki.

BACA: Netizen Pertahan Kenyataan Dr. Muhaya, Anggap Orang Ramai Salah Tafsir

Gara-gara pandangan tersebut, Dr Nur Amalina diserang segelintir netizen yang tidak bersetuju dengannya. Netizen dipercayai menghantar mesej peribadi tersebut di ruangan Instagram miliknya.

Ekoran serangan peribadi yang diterimanya, Dr Nur Amalina memohon netizen melaporkan akaun-akaun Instagram tersebut.

Di ruangan komen, kebanyakan netizen mempertahankan Dr Nur Amalina dan menyifatkan kritikan itu melampau batas.

Kredit: Dr Amalina Bakri

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas