Connect with us

Oh! Media

Gadis 21 Tahun Mengaku Tak Bersalah Curi Kad Debit Mak Saudara Tiri

Curi kad debit mak saudara ohmedia

Oh! Tidak

Gadis 21 Tahun Mengaku Tak Bersalah Curi Kad Debit Mak Saudara Tiri

Baru-baru ini kecoh juga isu tentang seorang gadis yang didakwa mencuri kad debit milik mak saudara tirinya. Kad itu kemudianya dia guna sebanyak RM8,200 untuk membeli iPhone 14 Pro, barang kemas dan banyak lagi.

BACA: Polis Berjaya Berkas Gadis Curi Kad ATM Makcik Saudara Dan Beli iPhone 14 Pro Max, Barang Kemas Dan Banyak Lagi

Image 128

Tertuduh, Nur Humaira Shanuk Haziki, 21 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Nadia Othman.

IKLAN

Bagi pertuduhan utama, Humaira didapati mencuri kad debit milik Nor Farah Hanim Mohd. Alias termasuk mengubah pengeluaran wang bank tanpa had tanpa pengetahuan mangsa.

Bagi pertuduhan pilihan pula, tertuduh didakwa telah menyalahguna harta (wang tunai) dengan jumlah yang sama dikeluarkan daripada akaun RHB tanpa pengetahuan mangsa.

Jika didapati bersalah bagi pertuduhan utama, pesalah boleh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Jenayah Komputer 1997. Boleh dihukum maksimum RM150,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan pilihan pula, pesalah akan didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan. Boleh dihukum penjara maksimum 5 tahun dan denda dan sebatan.

Majistret kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan 2 penjamin serta memerintahkan tertuduh untuk melaporkan diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas