Connect with us

Oh! Media

Polis Berjaya Berkas Gadis Curi Kad ATM Makcik Saudara Dan Beli iPhone 14 Pro Max, Barang Kemas Dan Banyak Lagi

Kad atm kawan curi ohmedia

Oh! Tidak

Polis Berjaya Berkas Gadis Curi Kad ATM Makcik Saudara Dan Beli iPhone 14 Pro Max, Barang Kemas Dan Banyak Lagi

Amboi, sampai kad ATM makcik sendiripun kau boleh rembat erk?! Apapun, pihak polis dahpun berjaya menangkap seorang gadis yang dipercayai menggunakan wang milik makcik saudaranya untuk membeli telefon iPhone 14 Pro Max.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asistern Komisioner Noor Dellhan Yahaya memaklumkan pihaknya mendapat laporan daripada mangsa berhubung pengurangan wang di dalam akaun bank miliknya sebanyak RM8,200.

Siasatan yang dijalankan oleh Bahagian Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi mendapati transaksi ini bermula pada 23 Mac secara berperingkat.

Siasatan kemudiannya dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997, sehinggalah pihak polis berjaya menjejaki identiti suspek.

Mangsa sebelum ini berkongsi kejadian itu di media sosial dan akhirnya buat laporan polis selepas anak saudaranya itu tidak mahu meminta maaf.

IKLAN

Aku taknak viral muka dia. Sebab dah bagi muka dekat 23 hari dah untuk dia minta maaf dan bayar balik duit aku semua. Aku ni sampai menangis mental tengok balance account dalam bank ada RM500 je.

Berikut perkongsian penuh dari mangsa…

Image 96

Suspek yang berusia 21 tahun itu berjaya diberkas kira-kira jam 12.25 malam dalam satu serbuan. Pihak polis kemudian merampas sekeping kad ATM milik mangsa dan sebuah telefon bimbit berjenama.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas