Connect with us

Oh! Media

Dua Pemandu Potong Barisan, Polis Kejar Sampai Rumah Untuk Saman

barisan

Trending

Dua Pemandu Potong Barisan, Polis Kejar Sampai Rumah Untuk Saman

Kejadian berlaku di Kilometer 31.8 Jalan Klang–Teluk Intan, dua pemandu yang telah memotong barisan dikenakan saman dari polis, semalam.

ADVERTISEMENT

BACA: Polis Perak Berjaya Kutip RM1.04 Juta Bayaran Saman Dalam Masa Tiga Hari?

Menerusi laporan Kosmo, kedua-dua pemandu kenderaan perodua Myvi dan Bezza telah disaman apabila polis tiba di rumah mereka di Taman Assam Jawa dan Taman Yu pada jam 7 petang.

Polis dapat kiriman gambar di laman Facebook

barisan
Dua buah kereta yang memotong barisan (Foto: Kosmo)

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa mengatakan, pihak polis ada menerima beberapa keping gambar di Facebook yang menunjukkan beberapa buah kenderaan memotong barisan di kawasan lampu isyarat Simpang Empat Jeram.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang dan pihak polis berjaya mengesan nombor pendaftaran dua kereta yang memotong barisan itu dan terus menuju ke kediaman mereka. Kedua-dua pemandu itu telah di saman di bawah Rule 6(1)A LN166/59 iaitu memotong secara bahaya atau potong barisan.

Berpandukan maklumat tersebut, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Selangor kemudiannya telah pergi kediaman mereka.

Hasil soal-siasat, kedua-dua pemandu telah mengaku memotong barisan semasa kejadian tersebut.

Semoga pembaca dapat mengambil iktibar daripada kejadian yang berlaku ni. Zaman sekarang ni, kalau orang dah geram, semuanya di muat naik je dalam media sosial. Jadi kalau rasa nak buat kesalahan atas jalan raya tu, haa, fikirlah dua-tiga kali dulu ye, haha.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas