Connect with us

Oh! Media

Polis Perak Berjaya Kutip RM1.04 Juta Bayaran Saman Dalam Masa Tiga Hari?

perak

Oh! Tidak

Polis Perak Berjaya Kutip RM1.04 Juta Bayaran Saman Dalam Masa Tiga Hari?

Dalam tempoh tiga hari, lebih RM1.04 juta bayaran saman berjaya dikutip selepas 50 peratus diskaun diberikan kepada mereka yang mempunyai saman di Perak.

ADVERTISEMENT

BACA: Tinted Gelap, JPJ Boleh Saman Ikut Bahagian Cermin

Menerusi laporan Kosmo, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintendan Azizan Hassan berkata, lebih 9,000 saman telah direkodkan dalam masa tiha hari, bermula 1 Disember sehingga 3 Disember.

3,000 pelanggan datang bayar saman

perak
Pembayaran saman di kaunter trafik Perak (Foto: Kosmo)

Menurut Azizan Hassan, pembayaran saman itu diperolehi di semua kaunter saman Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak dan lebih 3,000 orang yang datang menjelaskan bayaran.

Dalam tempoh tiga hari pertama ini, hampir 3,000 pelanggan yang datang untuk menyemak dan membuat pembayaran saman.

Lebih 9,000 saman diselesaikan oleh pesalah trafik yang mengambil peluang menyelesaikan bayaran saman sempena penawaran diskaun sehingga 50 peratus.

Diskaun saman 50 peratus ini akan berakhir pada 30 Disember dan orang ramai boleh membuat semakan dan pembayaran di semua kaunter di seluruh daerah kontinjen Perak bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang waktu bekerja.

Tawaran itu tidak termasuk bagi kes saman kemalangan tahun 2021, saman tidak boleh kompaun (NC), berstatus bicara mahkamah, berkaitan kenderaan lori dan kesalahan pengubahsuaian ekzos kenderaan.

Selain itu, empat kesalahan tahun 2021 lain adalah memotong secara berbahaya atau potong ‘Q’, menggunakan lorong kecemasan, melanggar lampu isyarat merah dan memotong di garisan berkembar.

Jadi buat semua warga Perak yang ada saman tertunda, inilah masa yang sesuai untuk melunaskan hutang-hutang saman yang tertunggak tu dengan diskaun sebanyak 50 peratus!

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas