Connect with us

Oh! Media

Dua Motor Peserta RXZ Members Hilang, Pencuri Licik Kunci ‘Mangga’ Semua Pintu Homestay Dari Luar

Oh! Tidak

Dua Motor Peserta RXZ Members Hilang, Pencuri Licik Kunci ‘Mangga’ Semua Pintu Homestay Dari Luar

Licik! Itulah yang dapat dikatakan mengenai taktik pencuri mengunci semua pintu homestay dari luar rumah dan memotong pagar sebelum melarikan dua buah motosikal peserta program RXZ Members 4.0.

ADVERTISEMENT

BACA: Cadangan Pembinaan Litar Lumba Drag Di Setiap Negeri Akan Ada Dalam Belanjawan 2023 – PM

Memetik laporan Sinar Harian, mangsa, Mohamad Adib Md Saleh menyedari mengenai kehilangan motor miliknya dan seorang lagi rakan kira-kira jam 6 pagi ketika ingin menunaikan solat subuh.

Foto: Sinar Harian

Awal pagi tadi saya rasa tak sedap hati, saya intai ke luar rumah inap dan perasan motosikal saya sudah hilang.

Bila nak buka pintu rumah, ketiga-tiga pintu depan, kiri dan kanan rumah tidak boleh dibuka kerana ia dikunci menggunakan kunci mangga dari luar rumah.

Jelas Adib lagi, pencuri mungkin sudah merancang lebih awal kerana pagar rumah inap turut dipotong demi membawa keluar motosikal itu.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pintu pagar homestay ini telah dikunci, tak sangka pula pencuri bertindak memotong bahagian tepi pagar. Pencuri itu turut meninggalkan sepasang selipar yang digunakan.

Difahamkan, mangsa dan lapan rakan menginap di homestay yang terletak di Kampung Pak Tijah, Kuala Nerus Terengganu untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur pada pagi Ahad.

@tebuan_grey

Harap dapat jupe mula moto tu 🤲🏻 bunyi kata banyok kes gok , bakpe uat gtu naye ke orang nak balik jauh jauh 😒😒 lau dok mampu dkyoh nk baham hok orang lah

♬ bunyi asal – Uraaaaa💐💐

Namun siapa sangka taktik licik pencuri menyebabkan mereka terperangkap di dalam rumah sehingga perlu menelefon bomba untuk membuka mangga.

Meluahkan rasa sedih, Adib berkata motosikal itu menjadi kesayangan keluarga sejak 31 tahun lalu.

Dia telah membuat hebahan mengenai kehilangan itu di group RXZ di Facebook dan berharap ianya ditemui semula.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas