Connect with us

Oh! Media

Cadangan Pembinaan Litar Lumba Drag Di Setiap Negeri Akan Ada Dalam Belanjawan 2023 – PM

litar lumba

Oh! Negara

Cadangan Pembinaan Litar Lumba Drag Di Setiap Negeri Akan Ada Dalam Belanjawan 2023 – PM

Patutlah ramai brader-brader RXZ atas jalan raya semalam, rupanya ada RXZ Members 4.0 hari ni. Perjumpaan tu agak besar juga sebab dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

ADVERTISEMENT

Apa yang menarik perhatian adalah bila PM memaklumkan kerajaan bercadang untuk membina sebuah litar khusus untuk perlumbaan drag di setiap negeri.

Cadangan ini juga akan dimasukkan dalam Belanjawan 2023 pada Oktober nanti bagi memperkasakan program pembangunan sukan permotoran.

Setakat ini sudah ada dua litar drag yang dibina iaitu di Terengganu dan Melaka. Mungkin boleh anjurkan perhimpuanan penunggang setiap tahun dan kerajaan boleh beri penajaan.

Dalam pada itu, PM juga melihat sokongan kerajaan amat diperlukan bagi mengurangkan tanggapan negatif masyarakat terhadap Mat Motor.

Lepas ni makin rancaklah sukan permotoran dalam negara. Harapnya dengan wujudnya lebih banyak litar lumba ni dapatlah kurangkan perlumbaan haram di jalan raya yang boleh membahayakan pengguna jalan lain.

Kredit: BERNAMA

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas