Connect with us

Oh! Media

“Dua Kali Kantoi” – Ibu Trauma Tengok Orang Terdekat Selamba Breastfeed Anaknya Tanpa Izin

breastfeed

Oh! Tidak

“Dua Kali Kantoi” – Ibu Trauma Tengok Orang Terdekat Selamba Breastfeed Anaknya Tanpa Izin

Sebelum ini, kita sering dipaparkan dengan kisah orang luar yang selamba mencium bayi tanpa kebenaran sehingga bayi jatuh sakit kan? Kali ini, lain pula kisahnya apabila seorang bayi diberikan ‘direct breastfeed’ daripada wanita lain dengan alasan bayi itu menangis.

ADVERTISEMENT

BACA: “Bukan Nak Acah-Acah Baik..” – Netizen Tegur Kevin Zahri Cium Anak Di Mulut

Pengalaman tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu bayi, Afieqah Hasanah di laman TikTok. Menurut Afieqah, ketika itu, dia sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis aqiqah anak lelakinya, Hayder.

Jelas Afieqah lagi, dia berasa sangat kecewa kerana perbuatan itu dilakukan oleh orang yang terdekat dengannya. Perkara itu sekaligus membuatkan dia tak mempercayai sesiapa lagi selepas ini.

@afieqahhasanah

mak mana je yang boleh terima 😌 tak tahu lah nak cakap macam mana . doakan saya boleh lupakan semua ni .

♬ original sound – afieqahhasanah

Afieqah berkata, dia telah memarahi wanita tersebut namun sampai ke hari ini dia masih berasa tertekan dan trauma apabila teringat situasi yang tak diingini itu.

Dia direct breastfeeding Hayder sebelum majlis Hayder berlangsung. Time tu saya tengah busy angkat-angkat barang. Masa saya sampai je dia terus mintak Hayder, saya just bagi la sebab orang terdekat kan.

Dia sebagai ibu tak dapat menerima alasan anaknya menangis sebab lapar kerana dia baru je menyusukan anaknya itu.

breastfeed

Tambahan pula, anaknya juga minum susu formula jadi ‘wanita’ itu seharusnya bancuh susu formula bukannya ‘direct breastfeed’ tanpa izin.

Difahamkan, dua kali wanita itu kantoi menyusukan anaknya senyap-senyap! Dengan rasa kecewa, Afieqah berkata, dia memikirkan soal hukum, kebersihan dan kesihatan Hayder.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas