Connect with us

Oh! Media

Disyaki Tik*m Untuk Keluarkan Kandungan, Mangsa Bakal Dibedah Siasat Esok

20230525 153905 0000

Oh! Tidak

Disyaki Tik*m Untuk Keluarkan Kandungan, Mangsa Bakal Dibedah Siasat Esok

Semalam, kita telah dikejutkan dengan berita seorang mangsa dibunuh dan dibakar oleh teman lelakinya di sebuah kebun kelapa sawit di Sungai Besar, Selangor.

BACA: Mayat Dibakar Di Sungai Besar, Suspek Mengaku Bunuh Untuk Rahsiakan Hubungan Luar Nikah

Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias memaklumkan mayat mangsa kini berada di Hospital Sungai Buloh dan bedah siasat bakal dijalankan esok.

IKLAN

Mangsa hamil

Mangsa
Kredit Bernama

Mengikut laporan, mangsa merupakan seorang pelayan restoran bertengkar dengan suspek dipercayai kekasihnya sebelum kejadian itu berlaku.

Suspek kemudian bertindak memukul wanita berusia 21 tahun itu hingga pengsan sebelum menikam di bahagian perut dengan pisau. Pihak polis mengesyaki tikaman tersebut adalah bagi mengeluarkan kandungan hasil hubungan sulit mereka.

Mayat mangsa ditemui dengan kesan 60 peratus terbakar di dalam belukar oleh orang awam kira-kira 7 pagi semalam. Siasatan awal mendapati mangsa telah mengandung empat bulan manakala suspek baharu menamatkan pengajian institut pengajian tinggi (IPT).

Suspek kini sedang direman dan kes bakal disiasat di bawah Sesyen 302 Kanun Keseksaan.

Kredit: Buletin TV3 | Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas