Connect with us

Oh! Media

Dihanyut Sungai, Mayat Wanita Dijumpai Bawah Timbunan Kayu

dihanyut

Trending

Dihanyut Sungai, Mayat Wanita Dijumpai Bawah Timbunan Kayu

Kejadian banjir kilat telah menyebabkan air deras dan terdapat beberapa mangsa banjir tidak ditemui. Seorang daripada tiga mangsa yang dikhuatiri lemas selepas dihanyut arus deras akibat banjir lumpur di Bobby Eco Camp kelmarin, dijumpai hari ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Empat Rumah Dihempap, Warga Emas Cedera Ditimbus Tanah Runtuh

Menerusi laporan Kosmo, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, Yusri Abdullah Sani menyatakan, mayat wanita tersebut ditemui pada jam 10.15 pagi tadi dan pihaknya telah cuba untuk mengeluarkan mangsa yang tertimbus dalam masa setengah jam.

dihanyut

Mayat mangsa yang dihanyut sungai itu telah dikenal pasti dan dikenali sebagai Yap Koon Lan, 66.

Pasukan saya menjumpai mayat mangsa di bawah timbunan kayu dan pasir di stesen dua, iaitu kawasan yang ditanda ada mayat. – Yusri Abdullah Sani

Semoga mangsa banjir yang lain segera ditemui. Diharapkan semua untuk mengambil iktibar akan kejadian ini dan sentiasa berjumpa dan bertanya khabar kepada orang-orang disekeliling agar tidak menyesal di kemudian hari. Sesungguhnya, kita tidak tahu bila kita atau orang di sekeliling kita akan pergi.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas