Connect with us

Oh! Media

Empat Rumah Dihempap, Warga Emas Cedera Ditimbus Tanah Runtuh

ditimbus tanah

Trending

Empat Rumah Dihempap, Warga Emas Cedera Ditimbus Tanah Runtuh

Kejadian tanah runtuh di Jalan Palimbayan Indah, Kampung Sungai Penchala malam tadi telah membuatkan seorang warga emas cemas apabila ditimbus tanah runtuh.

ADVERTISEMENT

BACA: Bayi Dan Pelajar Tahfiz Antara Mangsa Tanah Runtuh

Menerusi laporan Kosmo, wanita yang berumur 70-an itu tertimbus hingga paras pinggang dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan.

Tanah runtuh hempap empat buah rumah

ditimbus tanah
Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa. (Foto:Kosmo, Bomba KL)

Menurut Komander Operasi Kanan, PgKB I Khairul Azuwan Ibrahim, panggilan kecemasan telah diterima pada jam 1.22 pagi tadi oleh Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur.

Seramai 15 anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tun Dr. Ismail dengan dibantu BBP Sri Hartamas dikejarkan ke lokasi.

Setibanya jentera di lokasi kejadian didapati berlaku kejadian tanah runtuh menghempap empat buah rumah kediaman.

Dalam kejadian itu, seorang mangsa didapati tertimbus sehingga paras pinggang dan pasukan tersebut berjaya mengeluarkan mangsa dengan selamat.

Petugas telah menjalankan siasatan di lokasi kejadian untuk memastikan keselamatan terjamin dan lokasi kejadian telah pun ditutup. Warga emas yang ditimbus tanah itu telah cedera di bahagian kaki dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

Semoga kes tanah runtuh dan banjir di Malaysia akan reda dan tidak melibatkan lebih ramai mangsa. Semoga semua rakyat di Malaysia dilindungi.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas