Connect with us

Oh! Media

“Dia Tinggalkan Kami Tanpa Nafkah” – Anak Kongsi Bapa Keluar Tabligh 40 Hari Lari Dari Tanggungjawab

Oh! Tidak

“Dia Tinggalkan Kami Tanpa Nafkah” – Anak Kongsi Bapa Keluar Tabligh 40 Hari Lari Dari Tanggungjawab

Menyertai tabligh untuk berdakwah dan mencari ilmu agama merupakan satu perkara yang sangat baik dalam membantu kita untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.

ADVERTISEMENT

BACA: Pengikut Tabligh Berbulan-Bulan Tinggalkan Isteri Tanpa Nafkah, Siap Suruh Gadai Emas

Namun, harus diingatkan bahawa mereka yang menyertai tabligh perlulah menyempurnakan tanggungjawabnya dengan meninggalkan nafkah buat ahli keluarga sepanjang ketiadaan mereka di rumah.

Anak dedah bapa tiada kerja tetap, sertai tabligh tanpa tinggalkan nafkah

Itulah luahan hati seorang insan bergelar anak apabila bapanya seringkali bersikap culas dalam menjalankan tanggungjawabnya setiap kali pergi menyertai tabligh.

Menerusi perkongsian si anak, setiap kali bapanya keluar menyertai tabligh bersama rakan-rakan yang lain, mereka sekeluarga akan ditinggalkan tanpa sebarang nafkah.

Bukan itu sahaja, difahamkan juga bapanya itu ketika ini tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.

Kawan-kawan tabligh dia selalu datang rumah ajak keluar 40 hari. Padahal baru balik dan bila ditolak, kawan-kawan dia seperti menyindir. Saya geram, dia tinggalkan kami tanpa nafkah.

Sudahlah tiada kerja tetap, ibu saya pula kena tanggung. Dia sedap saja keluar 40 hari lari daripada tanggungjawab

Di ruangan komen, perkongsian si anak ini mendapat respon yang pelbagai dari warganet.

Kredit: Twitter ConfessTweetMY

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas