Connect with us

Oh! Media

Pengikut Tabligh Berbulan-Bulan Tinggalkan Isteri Tanpa Nafkah, Siap Suruh Gadai Emas

Tabligh

Trending

Pengikut Tabligh Berbulan-Bulan Tinggalkan Isteri Tanpa Nafkah, Siap Suruh Gadai Emas

Baru-baru ini viral di media sosial mengenai sebuah hantaran oleh seorang wanita yang meluahkan isi hatinya selepas suami yang merupakan pengikut tabligh ingin keluar berdakwah selama empat bulan dengan menggunakan wang hasil titik peluh isteri.

ADVERTISEMENT

Menurut wanita itu, dia bimbang kerana masih mempunyai anak kecil namun tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya bergantung kepada perniagaan.

Malah, hasil wang dan keuntungan daripada perniagaan yang digunakan untuk membesarkan anak dan menyara keluarga itu sewenang-wenangnya digunakan oleh suami untuk mengikuti tabligh selama empat bulan.

Banyak kali aku gaduh pasal tak izinkan dia keluar, tapi dia tetap lawan, kemudian salahkan aku dan cakap aku melawan dia serta tak tahu agama.

Gara-gara suami kerap menyentuh soal agama, si isteri terpaksa berdiam diri demi mengelakkan pergaduhan lebih panjang.

Apa yang lebih menyedihkan, suaminya juga tidak mempunyai sumber kewangan untuk mengikuti jemaah tabligh sehingga sanggup meminta si isteri untuk menggadaikan barang kemas yang ada.

Dia nak keluar tapi duit tak ada. Sampai tahap suruh aku gadaikan barang kemas supaya dia ada duit belanja ke sana.

Walaupun terpaksa menuruti kehendak suami, dia telah dilabel sebagai kedekut dan tidak sanggup berkorban di jalan Allah kerana enggan membantu.

Tambahnya lagi, suaminya turut memesan agar jangan terlalu risau mengenai duit kerana sepanjang dia keluar itu mengikut jalan Allah dan rezeki akan murah selain Allah akan permudahkan urusan.

Tapi yang tanggung beban tu nanti adalah aku. Dia tiada! Akulah yang kena beli barang kedai, nak masak dan jaga anak lagi, macam tak ada suami.

Bukan itu sahaja, sepanjang tempoh suaminya mengikuti tabligh, suaminya langsung tidak meninggalkan duit nafkah untuk si isteri dan anak, malah memberi alasan itu merupakan pengorbanan isteri-isteri nabi dahulu.

Aku la kena kumpul duit nak bayar kereta, bayar sewa kedai, ambil barang gadai, beli susu dan pampers anak. Stres kadang-kadang, hari-hari aku menangis.

Apa pandangan korang?

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas