Connect with us

Oh! Media

“Dia Tak Sihat, Jangan Tuduh Macam-Macam” – Individu Ini Tegur HR Pertikai MC Staf, Siap Minta ‘Cancel’

Ohmedia mc Hr

Oh! Tidak

“Dia Tak Sihat, Jangan Tuduh Macam-Macam” – Individu Ini Tegur HR Pertikai MC Staf, Siap Minta ‘Cancel’

Di aplikasi Threads, seorang individu dikenali sebagai Dr. Syukri Abdullah menegur HR (sumber manusia) mengenai isu cuti sakit yang diperoleh pekerja.

Dalam perkongsian itu, Dr. Syukri Abdullah meminta agar HR menjadi lebih bertimbang rasa dan tidak mempersoalkan ketulenan MC yang diberikan oleh doktor kepada pekerja.

BACA: “Nak MC Macam Kena Soal Siasat” – Staf Dedah Sisi Gelap Butik Jenama Jepun Terkenal

IKLAN

Menurut Dr. Syukri, jika HR ingin menyemak ketulenan MC, mereka hanya perlu menghubungi klinik atau hospital yang mengeluarkan sijil MC tersebut.

Dalam satu penjelasan, Dr Syukri berkata beliau bukanlah doktor perubatan sebaliknya mempunyai PhD dalam bidang sumber manusia.

Teguran untuk HR, “Dia tak sihat, jangan tuduh macam-macam”

Katanya, tindakan mempertikaikan keputusan doktor atau meminta doktor membatalkan MC dianggap sebagai melampaui batas.

Mc

Perkongsian tersebut turut menarik pelbagai komen daripada netizen yang berkongsi pengalaman lucu dan pelik mereka berkaitan MC.

Antaranya, seorang pengguna berkongsi kisah di mana seorang pekerja lelaki mendapat MC daripada doktor ginekologi.

Mana le aku tau ginekologi tu pakar sakit puan.

Sementara itu, seorang lagi pengguna menerangkan bahawa doktor ginekologi mungkin bertugas sebagai locum di Jabatan Kecemasan (ED).

Menurut netizen, dalam situasi sebegitu, doktor ED biasanya akan meminta cop pengesahan kaunter jika MC diberikan kepada pesakit.

Contoh HR yang baik

Hr
Hr 1

Di hantaran komen lain, ada staf HR tampil memaklumkan prosedur yang sering dilakukan untuk mengelakkan staf tipu MC.

Ada kes di mana pekerja membuat MC palsu semata-mata untuk menyambung cuti sakit yang diperolehinya sebelum ini.

#OhmediaNasihat

Sebagai pengamal HR, kita perlu lebih empati dan memahami situasi pekerja yang mungkin tidak sihat. Jangan terus menghukum atau mempersoalkan MC yang dikeluarkan oleh doktor. Sebaliknya, jadilah pihak yang menyokong dan menjaga kebajikan mereka.

Ohmedia mc Hr

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Threads Dr. Syukri Abdullah


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas