Connect with us

Oh! Media

Butik Jenama Jepun Terkenal

Trending

“Nak MC Macam Kena Soal Siasat” – Staf Dedah Sisi Gelap Butik Jenama Jepun Terkenal

Kecoh di laman Instagram sebuah butik pakaian jenama Jepun terkenal di ‘serang’ pekerja dan bekas pekerjanya pada ruangan komen posting mengenai pengumuman diskaun di butik tersebut.

Rata-rata menyatakan pengalaman buruk bekerja di butik pakaian tersebut yang mana banyak mengadu tentang ketidakadilan pihak pengurusan butik cawangan mereka.

IKLAN

“Berhenti upah cleaner sebab nak cut cost…” – Luahan staf butik jenama Jepun

butik jenama jepun terkenal

Selain daripada pihak pengurusan yang ‘liat’ nak luluskan cuti, ada juga yang luah tentang gaji yang tidak sepadan dengan beban kerja yang dianggap melampau.

Mereka berhenti upah cleaner, jadi kita lah yang kena buat cleaning sebab nak cut cost. Kalau tak bersih lagi disuruhnya sental lantai sampai berkilat. Tercangkung-cangkung lah kita depan pelanggan macam orang bodoh” – Kata bekas staf

Sudahlah menanggung beban kerja yang bukan daripada skop kerja yang sepatutnya siap dapat pakej kena marah lagi dengan pelanggan.

Ada yang sanggup tukar EL kepada AL, pun tak boleh…

butik jenama jepun terkenal

Berkenaan permintaan untuk cuti pula, ada yang mengatakan seperti mengemis hak mereka sendiri walaupun sudah dimaklumkan awal.

Kereta isteri rosak di tengah jalan, saya hubungi suami saya untuk tolong tapi suami tak boleh ambil ’emergency leave’ (EL). Syarikat beri alasan bahawa itu kereta isteri, jadi dia boleh selesaikan sendiri. Ada staf sanggup nak tukar ‘annual leave’ (AL) untuk EL pun tak boleh. Padahal itu hak mereka. – Luahan staf.

Bahkan, ada yang mendedahkan pihak pengurusan tidak luluskan EL walaupun ada kematian ahli keluarga dan sebaliknya mempersoalkan hubungan staf dan ahli keluarganya itu tidak relevan untuk diziarahi.

#OhmediaNasihat

Penganiayaan terhadap pekerja adalah isu serius yang perlu diberi perhatian oleh majikan dan pihak berwajib. Pekerja berhak mendapat layanan adil, termasuk gaji setimpal, cuti yang wajar, dan suasana kerja yang menghormati maruah mereka.

Tindakan seperti menolak permohonan cuti kecemasan tanpa alasan munasabah atau memaksa pekerja menjalankan tugas di luar skop mereka bukan sahaja melanggar hak asasi pekerja tetapi juga boleh menjejaskan kesejahteraan mental dan fizikal mereka.

Butik Jenama Jepun Terkenal

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook
Rujukan kami: – Kosmo!


Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas