Trending
“Dia Boleh Jalan Gitu Je?” – Wanita Tenang Berjalan Di Tengah Jalan Raya Akibatkan Penunggang Motosikal Terbabas
Sejak dari kecil kita sudah dididik dan diajar untuk melihat ke kiri dan ke kanan dulu sebelum mula melintas jalan.
BACA: “Kaki Memang Pijak Brek”- Owner Pasrah, Kereta Depan Tiba-Tiba Mengundur Dirakam ‘Dashcam’
Bahkan, kemudahan seperti jejantas juga sudah disediakan bagi mengurangkan risiko kemalangan ketika melintas jalan.
Wanita akibatkan penunggang motor kemalangan
Tular satu video ciapan dimuat naik Malaysia Most Viral di Twitter memaparkan seorang wanita yang sedang berjalan di atas jalan raya.
Dia gerak lu pape roger camtu je ye. pic.twitter.com/pSy3kMwAGP
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) June 30, 2022
Disaat kenderaan lain sedang menghadapi kesesakan lalu lintas, wanita yang tenang berjalan itu secara tiba-tiba berhenti dan telah mengakibatkan seorang penunggang motosikal hilang kawalan sebelum terbabas.
Tindakan wanita itu yang meneruskan perjalanannya tanpa menghiraukan penunggang motosikal itu mengundang kemarahan netizen.
Kesian pada si mangsa
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berang dengan tindakan wanita itu dan bersimpati dengan keadaan penunggang motosikal yang menjadi mangsa keadaan.




Amboi kak, tenangnya berjalan sampai jadi punca penunggang motosikal tu kemalangan. Harap-harap tindakan tegas diambil terhadap tindakan akak tu yang membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Kredit: Twitter Malaysia Most Viral
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM