
Oh! Tidak
“Kaki Memang Pijak Brek”- Owner Pasrah, Kereta Depan Tiba-Tiba Mengundur Dirakam ‘Dashcam’
Oleh
Bila membawa kereta, kita perlulah sentiasa peka dengan keadaan sekeliling bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
BACA: (Video) Tular Rakaman Dashcam Kereta Menyelit Depan Lori, Siap Berhenti Tengah Jalan Ambil Gambar
Namun, walaupun kita sudah mengamalkan sikap berhati-hati, kemalangan pasti akan berlaku disebabkan oleh kecuaian serta kesalahan pemandu-pemandu lain.
Kereta mengundur secara tiba-tiba
Tular satu rakaman ‘dashcam’ yang dimuat naik Khaier Amran di Facebook memaparkan kenderaannya dilanggar oleh sebuah kenderaan yang berada di hadapannya ketika mereka menghadapi kesesakan lalu lintas.
Dapat dilihat, kenderaan jenis Honda Civic yang berada di hadapannya mengundur secara tiba-tiba.
Terkejut dengan situasi itu, wanita yang memandu kenderaan berwarna kuning berkenaan lantas keluar untuk melihat keadaan belakang keretanya sambil membuat muka yang agak ‘ketat’.
Turut tular di Twitter
Video rakaman ‘dashcam’ yang dimuat naik Khaier Amran itu turut tular dan menjadi bualan dalam kalangan warganet di Twitter.
Video yang dimuat naik semula Malaysia Most Viral itu menimbulkan rasa geram dalam kalangan netizen yang melihat wanita itu hanya berlalu pergi tanpa mengucap kata maaf.
Definisi perempuan selalu betul
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) June 26, 2022
Kak knape lepas brek?
” Tak lah, kaki mmg pijak brek “
Kak len kali jgn leka main henpon jgn duk mekap² dlm kete..
” Gear mmg dekat D tadi “
PEREMPUAN 🤣🤣🤣🤣 nasib baik keta abg ni besi buruk je 🤣🤣🤣
Gaya keluar dari kereta tu macam kita pic.twitter.com/Y1aoXxKWCw
Keluar macam orang yang langgar dia
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen geram dengan tindakan wanita itu yang bertindak seakan-akan menjadi mangsa kepada pelanggaran tersebut.




Kredit: Facebook Khaier Amran | Twitter Malaysia Most Viral
