Connect with us

Oh! Media

Dakwaan Pelakon Dicabul Masa Kanak-Kanak Ada Plot Twist? Individu Bongkar ‘Perangai Sebenar’

Skandal Pelakon

Oh! Tidak

Dakwaan Pelakon Dicabul Masa Kanak-Kanak Ada Plot Twist? Individu Bongkar ‘Perangai Sebenar’

Seorang wanita bongkar sikap pelakon lelaki yang tiba-tiba buat ‘comeback’ dengan dakwaan diliwat.

Belum reda isu pelakon lelaki mendakwa dirinya pernah jadi mangsa gangguan seksual ketika kecil, tiba-tiba muncul pula dakwaan dari seorang wanita yang dipercayai ada kaitan dengan pelakon sama.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, wanita berkenaan dilihat memberi ‘bayangan’ ianya ditujukan kepada pelakon terbabit.

Wanita dedah perangai sebenar pelakon lelaki?

Pelakon

Apa yang lebih mengejutkan, wanita ini bukan sekadar menafikan imej ‘mangsa’ yang dibawa, tetapi terus membongkar sisi gelap pelakon terbabit yang didakwa bukanlah sebaik yang disangka.

IKLAN
Pelakon
Pelakon Lelaki

Dalam perkongsiannya, wanita itu meluahkan rasa kecewa terhadap layanan pelakon tersebut terhadap keluarganya.

Didakwa penagih, kaki pukul, berhutang

Dia mendakwa ibu bapanya pernah dihina dan diperlakukan dengan kasar, sampai tahap bapanya hampir dibaling kerusi dalam satu insiden yang nyata meninggalkan kesan mendalam.

Katanya, insiden itu bukan saja buat hati mereka terguris, malah memberi kesan kepada kesihatan kedua-dua orang tuanya.

Bekas Isteri Pelakon

Tak habis di situ, wanita itu juga menyenaraikan beberapa dakwaan lain yang agak serius termasuk mendakwa pelakon itu ada masalah ketagihan, selalu lepas tangan bila ada kerja, dan suka tinggalkan rakan-rakan dalam kesusahan.

Luahan tersebut menyebabkan ramai tertanya-tanya, adakah pelakon berkenaan benar-benar ‘mangsa’, atau ada kisah lain yang selama ini disorokkan?

View on Threads
Pelakon Lelaki

Terdahulu, tular di Threads seorang bekas pelakon kanak-kanak mendakwa dirinya menjadi mangsa cabul seorang pengarah yang merupakan darah dagingnya.

Kebetulan pula, lepas isu tersebut pula, wanita ini muncul membuat dakwaan mengejutkan. Ada kaitan ke?

Pssttt! Setiap kisah ada dua sisi — dan pendedahan ini ternyata menambah kekeliruan di mata netizen. Kalau dakwaan wanita ini benar, imej pelakon itu sebagai ‘mangsa’ mungkin boleh tercalar. Tapi kalau sebaliknya, pendedahan seperti ini juga boleh dianggap memfitnah. Apa pun, lebih baik segala tuduhan berat dibawa ke pihak berwajib agar kebenaran dapat terbukti dan keadilan ditegakkan.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas