Connect with us

Oh! Media

Pelakon Nadia Kesuma Hilang Di Jeddah, Mesej Terakhir Undang Tanda Tanya

Ohmedia nadia Kesuma

Trending

Pelakon Nadia Kesuma Hilang Di Jeddah, Mesej Terakhir Undang Tanda Tanya

Pelakon, Nadia Kesuma dilapor hilang di Jeddah, mesej terakhir “I met stranger” undang tanda tanya.

Pelakon, Nadia Kesuma dilaporkan gagal dikesan sejak Khamis selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ahli keluarga dan rakan terdekat.

Menurut laporan mStar, perkara itu dimaklumkan oleh rakan artis,Anne Abdullah yang mendedahkan Nadia sempat menghubungi suaminya sebaik tiba di Jeddah bagi memaklumkan dia selamat sampai.

Nadia Kesuma sepatutnya terbang ke London, tapi tidak check-in

Nadia Kesuma

Menurut Anne, Nadia sepatutnya meneruskan perjalanan menaiki pesawat ke London selepas transit di Jeddah.

IKLAN

Sebaik sampai di Jeddah, dia ada mesej suaminya maklumkan dia selamat tiba. Lepas itu dia sepatutnya naik flight ke London.

Tapi pihak travel agen beritahu, dia tak naik pesawat ke London selepas diberi masa untuk rehat.

Difahamkan, nama Nadia memang ada dalam sistem penerbangan, namun dia tidak membuat check-in untuk penerbangan seterusnya.

Mesej terakhir undang tanda tanya

Nadia Kesuma

Kebimbangan semakin memuncak apabila Anne mendedahkan mesej terakhir Nadia kepada suaminya sebelum terus terputus hubungan.

Sebelum itu dia ada mesej pada suaminya, dia kata macam ‘I met stranger’ lepas itu terus tiada berita.

Sekarang panggilan tak dijawab, mesej tak dibaca. Anak dia juga kesan telefon masih berada di Jeddah,” jelas Anne.

Mengulas lanjut, Anne berkata dia kini cuba mendapatkan bantuan beberapa kenalan di Jeddah bagi membantu mengesan Nadia.

Difahamkan, Nadia menyertai pakej umrah ziarah yang merangkumi beberapa destinasi antarabangsa dan berlepas dari Kuala Lumpur pada Khamis.

Kita sama-sama doakan dia selamat. Saya juga ada hubungi beberapa kenalan di sana untuk minta bantuan.

Pssttt! Jika berada di luar negara, sentiasa maklumkan pergerakan kepada ahli keluarga dan elakkan berurusan dengan individu tidak dikenali demi keselamatan diri.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas