Connect with us

Oh! Media

Tak Patuh SOP, Kluster Pendidikan Naik Mendadak?

kluster pendidikan

COVID-19

Tak Patuh SOP, Kluster Pendidikan Naik Mendadak?

Semakin hari semakin ramai pelajar sekolah yang terkena wabak Covid-19. Kini, kluster pendidikan telah naik mendadak sehingga 313.3 peratus pada Minggu Epidemiologi (ME) 3/2022 yang bermula pada 16 Januari lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: Kluster Pendidikan Semakin Meningkat, Dr Noor Hisham Seru Kepentingan SOP

Menerusi laporan Kosmo, terdapat 62 kluster baru pada ME 3/2022 berbanding 15 kluster pendidikan pada ME 2/2022 yang bermula pada 9 Januari hingga 15 Januari.

Perlu sentiasa jalani saringan Covid-19

kluster pendidikan

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, peningkatan yang mendadak dalam kluster pendidikan ini sangat merisaukan kerana terdapat ramai individu dari rumah yang berlainan berjumpa dan berkumpul di ruangan yang sama.

Walaupun kebanyakan populasi dewasa dan remaja telah menerima vaksin Covid-19, pematuhan SOP perlu sentiasa ditekankan sama ada sebelum, semasa dan selepas sesi persekolahan. Pemakaian pelitup muka dengan cara yang betul dan kebersihan tangan amat penting dalam mengawal penularan.

Selain itu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan semua pihak agar sentiasa menjalani saringan Covid-19 sekiranya bergejala sebelum hadir ke kawasan sekolah atau institusi pendidikan.

Jika ramai yang masih tidak patuh pada prosedur operasi standard (SOP), situasi ini mungkin akan menyebabkan berlakunya peningkatan kluster yang tidak diingini.

Semoga ibu bapa mengambil pengajaran terhadap peningkatan kluster pendidikan ini dan sentiasa mengawasi anak-anak yang bergejala untuk tidak dihantar ke sekolah.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas