Connect with us

Oh! Media

Kluster Pendidikan Semakin Meningkat, Dr Noor Hisham Seru Kepentingan SOP

sop

COVID-19

Kluster Pendidikan Semakin Meningkat, Dr Noor Hisham Seru Kepentingan SOP

Apabila kebanyakan pelajar sudah menerima vaksin, mereka telah dibenarkan untuk pergi ke sekolah seperti biasa. Tapi, adakah mereka benar-benar selamat untuk ke sekolah? Adakah semua pelajar dijamin untuk terus patuh SOP ketika berada di sekolah?

ADVERTISEMENT

BACA: 71 Murid Sekolah Seri Puteri Positif Covid-19, Kes Bermula Daripada Seorang Guru

Menerusi laporan Sinar Harian, kluster pendidikan kini sudah semakin meningkat pada minggu epidemiologi (ME) ke-48 iaitu daripada 28 November sehingga 4 Disember lalu.

Tak patuh SOP, cetus kluster yang tidak diingini

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa peningkatan kluster pendidikan yang semakin hari semakin tinggi ini bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main.

Terdapat 16 kluster baru dari institusi pendidikan, iaitu sebanyak 12 kluster berlaku di sekolah menengah dan institusi pendidikan tinggi (IPT).

Ini memandangkan individu daripada pelbagai isi rumah akan berada dalam ruang dan waktu sama dan ketidakpatuhan seseorang individu terhadap prosedur operasi standard (SOP) sedia ada akan mencetuskan kluster yang tidak kita ingini.

Oleh kerana kebanyakan populasi remaja dan dewasa telah lengkap divaksinasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan semula bahawa pengambilan vaksin tidak bermakna pematuhan SOP tidak diperlukan lagi.

Dr Noor Hisham menegaskan untuk semua guru, petugas, pelajar, murid dan semua kaki tangan pendidikan perlulah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pematuhan SOP oleh setiap individu ini amat penting untuk memastikan tidak berlaku jangkitan Covid-19 dan penularan jangkitan di sekolah, selanjutnya boleh menyebabkan berlaku dalam keluarga dan komuniti.

Beliau juga mengingatkan pematuhan SOP ini perlu diterapkan bukan sahaja semasa berada di kelas, tetapi semasa waktu rehat, bersukan, pulang dari sekolah, di dalam van dan bas sekolah serta pada masa-masa yang melakukan aktiviti harian.

Hal ini kerana, jangkitan dan penularan boleh berlaku di mana sahaja dan semua pihak perlulah memainkan peranan yang penting untuk tetap jaga SOP walau dimana jua anda berada.

Jadi, korang janganlah lalai sebab kita belum menang melawan virus Covid-19 ini. Sikit lagi, kalau korang patuh SOP dan ikut apa yang ditetapkan oleh KKM, mana tahu kita dapat hidup seperti dulu lagi. Sikit lagi okay?

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media


Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas