Connect with us

Oh! Media

Sekatan Longgar Menjelang 1 Mac, Dah Tak Perlu Tunjuk Sijil Vaksin Untuk Masuk Premis?

Article 2 10 2

COVID-19

Sekatan Longgar Menjelang 1 Mac, Dah Tak Perlu Tunjuk Sijil Vaksin Untuk Masuk Premis?

Kerajaan Republik Czech akhirnya memansuhkan kewajipan untuk menunjukkan sijil vaksinasi dan bukti sudah pulih dari Covid-19 sebelum memasuki sebarang premis dan majlis sosial.

BACA: Risau Terlepas Bonus Tahunan, Penjawat Awam Kantoi Beli Sijil Vaksin Palsu

Menerusi laporan Awani, orang ramai sudah boleh memasuki sebarang premis seperti bar, restoran, kedai gunting rambut dan hadir dalam apa saja upacara keagamaan tanpa perlu menunjukkan sijil vaksinasi.

IKLAN

Republik Czech catat jumlah kes harian tertinggi

Sijil

Beberapa lagi kelonggaran akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Petr Fiala dalam bulan ini bergantung dengan keadaan semasa. Menjelang 1 Mac, lebih banyak sekatan akan dilonggarkan.

Menteri Kesihatan Vlastimil Valek mengumumkan, jika dulu hanya 1,000 individu saja dibenarkan hadir ke konsert atau mana-mana acara, sekarang ini lebih 5,000 individu dibenarkan hadir.

Upacara lain juga dinaikkan kepada 500 orang berbanding dulu, hanya 100 orang saja yang boleh hadir. Kerajaan ini juga pernah mengumumkan untuk hentikan ujian mandatori di sekolah dan tempat kerja.

Republik Czech buat masa ini masih memiliki jumlah kes harian yang tertinggi berikutan penularan varian Omicron dengan jumlah kumulatif 3.3 juta.

Semoga kelonggaran sekatan yang dibuat oleh kerajaan ini tidak menjadi asbab untuk buat kenaikan penularan Covid-19.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori COVID-19

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas