Connect with us

Oh! Media

Pesakit Covid-19 Lari 25km Dari Hospital Dijumpai Di Kaki Lima

COVID-19

Pesakit Covid-19 Lari 25km Dari Hospital Dijumpai Di Kaki Lima

Semalam, seorang pesakit lelaki yang disahkan positif Covid-19 telah dilaporkan hilang dari katilnya dan dipercayai melarikan diri keluar dari Hospital Pulau Pinang.

ADVERTISEMENT

Pesakit berusia 23 tahun itu bagaimanapun telah dijumpai 25 kilometer dari HPP di sekitar Bayan Lepas pada jam 9.30 malam tadi di kaki lima rumah kedai.

Pihak hospital dan polis mengesahkan perkara itu. Pesakit terbabit berasal dari Kepala Batas dan dibawa ke HPP untuk rawatan lanjut sebelum dikesan hilang dari wad katil pada jam 3.20 petang semalam.

Gelang merah jambu turut ditanggalkan pesakit dan ditinggalkan di atas katil.

Memang semua orang akan berasa takut dan seakan tak percaya bila dikatakan kita dijangkiti wabak ini. Tapi, janganlah pula menyusahkan dan membahayakan orang lain. Ikut sahaja SOP dan arahan pihak hospital kerana ramai yang dah sembuh dari wabak ini selepas didapati positif.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas