Connect with us

Oh! Media

“Bila Tengok 20 Ribu Terus Kata Lockdown” – Khairy Jamaluddin Ajar Tengok Data

khairy jamaluddin

COVID-19

“Bila Tengok 20 Ribu Terus Kata Lockdown” – Khairy Jamaluddin Ajar Tengok Data

Semakin rancak nampaknya kenaikan kes harian Covid-19 sekarang ya? Hari ini KKM mengeluarkan data sebanyak 20,939 kes positif Covid-19 direkodkan dan angka ini sebenarnya tidak sama dengan apa yang berlaku sebelum ini. Kenaikan ini membuatkan rakyat risau samaada negara akan kembali menjalani perintah berkurung?

ADVERTISEMENT

BACA: Terus Melonjak! Malaysia Catat Lebih 20k Kes Harian

Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin bagaimanapun menjelaskan bilangan kes bukanlah satu-satunya faktor yang patut dilihat.

Bandingkan data sekarang dengan tahun sebelum ini

Hari ini, walaupun kita 20,939 kes (hari ini), yang berada di ICU (unit rawatan rapi) 158 (pesakit), kes kematian semalam 10. Buat perbandingan dengan 11 Ogos 2021, kali terakhir kita cecah 20 ribu, kes di ICU 1,547, berbanding 158 hari ini dan kes kematian pada hari tersebut 332.

Perbezaan ketara dapat dilihat kerana negara sudah berjaya memastikan hampir semua rakyat mendapatkan sekurang-kurangnya dua dos vaksin. Disebabkan itu walaupun kes meningkat, kesan gejala tidaklah seteruk seperti kes-kes tahun lepas.

99.5 peratus kes positif pada ketegori satu dan dua

Jadi saya merayu, jangan kita hanya tengok pada bilangan kes, sebab bila tengok 20 ribu kata terus lockdown. Kita kena tengok keseriusan kes. Sekarang ni 99.5 peratus kes adalah kategori satu dan dua. Kurang lebih 0.5 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima, itu pun kita dapat rawat dengan lebih baik dan berkesan. – Tegas KJ.

Bagaimanapun, kita sebagai rakyat harus tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan mematuhi segala SOP yang ditetapkan. Semoga kita dapat bebas dari pandemik ini.

Kredit: Sidang media KKM

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas