Connect with us

Oh! Media

“Bukan Nak Sombong…” – Cikgu Fadli Mohon Maaf Pada Caprice, Tak Nak Panjangkan Isu

Trending

“Bukan Nak Sombong…” – Cikgu Fadli Mohon Maaf Pada Caprice, Tak Nak Panjangkan Isu

Semalam kecoh apabila seorang guru bernama Cikgu Fadli dikatakan telah menerima surat tatatertib hanya kerana memberikan pandangan yang jujur terhadap sistem pendidikan negara.

ADVERTISEMENT

BACA: Guru Dapat Surat Tatatertib Hanya Kerana Jujur Mengenai Sistem Pendidikan Negara

Bukan itu sahaja, perkara ini bertambah kecoh apabila selebriti terkenal yang sering mengulas isu-isu semasa, Caprice seakan ‘koyak’ selepas satu kenyataan dikeluarkan Cikgu Fadli mendedahkan bahawa dia tidak mahu ada campur tangan mana-mana pihak mengenai isu yang cuba dibangkitkannya itu.

Menerusi beberapa hantaran dibuat Caprice di Instagram, pihaknya juga tidak diminta untuk dilayan bagi mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Cikgu Fadli mohon maaf

Menyedari perkara itu, Cikgu Fadli tampil membuat permohonan maaf menerusi laman Facebooknya bagi tujuan tidak mahu memanjangkan isu yang remeh di media sosial.

Menurut Cikgu Fadli, dia sama sekali tidak berniat untuk bersikap sombong tetapi dia mempunyai pendirian untuk tidak mahu melibatkan mana-mana pihak dalam perkara ini.

So Cap, aku tak tahu kau baca ke tak post ni. Sebab aku tak dak IG nak reach kau. Pertama sekali nak cakap, aku minta maaf. Bukan tujuan nak sombong atau benci ke apa.

Tapi kalau kau follow penulisan aku, kau akan tahu aku tak layan semua pihak termasuk menteri, ahli politik, aktivis lain yang cuba heret aku masuk bersama atas pentas mereka.

Dalam pada itu, cikgu di Sekolah Kebangsaan Gombak 1 itu turut mengucapkan terima kasih kepada Caprice kerana menyokong apa yang cuba diperjuangkannya serta meminta orang ramai untuk tidak memanjangkan isu ini.

Apa pun Cap, terima kasihlah atas sokongan. Tahniah ambil berat juga isu pendidikan.

Dan pada kawan-kawan dan followers, tak payah la lagi jadi batu api dan panaskan isu ni. Cap ada followers dia tersendiri yang sentiasa sokong apa kerja dia buat. Nanti jadi gaduh antara followers pula, tak bestlah.

Okay gais, Cikgu Fadli pun dah minta maaf, jadi diharapkan kita semua tak panjangkan lagi isu ini ya? Apa-apa pun mantaplah Cikgu Fadli.

Kredit: Facebook Cikgu Fadli | Instagram Caprice

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas