
Oh! Tidak
“Menyusahkan Orang” – Tular Cashier Sound Warga Emas Tak Reti Guna MyKasih
Tular kisah mak cik kena marah masa tebus MyKasih. Cashier siap kata menyusahkan!
Gara-gara tak tahu guna bantuan MyKasih, seorang warga emas kena ‘sound‘ dengan cashier. Biar betul?
Perkongsian yang kini sedang tular di Threads itu mengundang pelbagai reaksi netizen. Rata-rata mempersoalkan sikap cashier yang sepatutnya memberi tunjuk ajar bukannya mengherdik pelanggan.
“Menyusahkan orang la”
Difahamkan, insiden itu berlaku ketika warga emas berkenaan sedang membeli barang dapur. Seorang pelanggan yang beratur di belakang melihat bagaimana makcik berkenaan terkebil-kebil selepas dimarahi.

Hanya ada RM50, tapi barang lebih RM65
Menurut pelanggan itu, mak cik hanya ada RM50 dan masih cuba bertanya pada cashier barang mana yang tak layak ditebus.
Difahamkan, barang yang diambil melebihi jumlah myKasih dan makcik itu perlu membayar RM 65.80.

Cashier hanya berdiam, namun situasi itu buat pelanggan ini berasa simpati dan akhirnya dia menawarkan diri untuk bantu bayarkan baki RM15.80.
Mak cik itu pada awalnya menolak dan mahu letak semula barang ke rak. Namun, wanita itu tetap hulurkan bantuan.
Lebih menyedihkan, makcik itu rupa-rupanya hanya menumpang jiran untuk ke pasar raya dan akan hubungi mereka selepas selesai.
Pssttt! Bukan semua orang tahu guna sistem bantuan digital seperti MyKasih, apatah lagi warga emas. Sepatutnya kita bantu dan beri tunjuk ajar, bukan marah atau malukan mereka.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
