Connect with us

Trending

Semakan Bantuan Barangan Dapur Prihatin Kasih, Dapat RM100 Selama Tiga Bulan

Bermula 1 Julai 2021, penerima PRIHATIN Kasih akan menerima bantuan barangan dapur berupa elaun RM100 sebulan selama tiga bulan. Bagi individu yang layak, elaun ini akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun MyKad mereka.

Elaun yang dikreditkan itu bolehlah digunakan untuk membeli barang makanan asas di kedai runcit berdekatan kawasan mereka.

IKLAN
prihatin kasih

Memetik maklumat yang diperolehi melalui laman web mykasih, bantuan ini akan dilaksanakan mengikut bulan dan negeri. Bagi penduduk Selangor dan Kuala Lumpur, bulan pelaksanaan adalah pada Julai sehingga September 2021.

Di negeri Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka dan Terengganu pula, bantuan akan dilaksanakan bermula Ogos sehingga Oktober 2021.

Manakala Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah dan Sarawak bulan pelaksanaan akan dimaklumkan kemudian. Ianya di antara September – November 2021 atau Oktober – Disember 2021.

Siapakah yang layak?

Penerima bantuan di bawah program PRIHATIN Kasih akan dikenalpasti melalui data JKM dan sistem e-Kasih yang telah disemak silang dengan data BPR. Penerima yang telah dipilih akan menerima SMS dari MyKasih memaklumkan mengenai status mereka.

Dalam SMS tersebut, turut dimaklumkan tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat. Oleh itu, TIADA PERMOHONAN diperlukan.

Akaun penerima akan dibuat berdasarkan MyKad dan elaun perbelanjaan akan disimpan di situ. Penerima hanya perlu membuat pembayaran menggunakan MyKad di kedai runcit atau pasar raya yang mengambil bahagian sahaja.

Elaun sebanyak RM100 akan dimasukkan ke dalam MyKad penerima pada 1 haribulan setiap bulan selama tiga bulan.

Senarai kedai dan jenis barangan

MyKasih mempunyai lebih daripada 250 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, mi, roti, biskut, telur, perasa, tepung, minyak masak, makanan dalam tin dan minuman.

Tempoh penggunaan dana

Penerima PRIHATIN Kasih boleh menggunakan elaun bantuan makanan di antara 1 Julai 2021 dan 31 Disember 2021. Baki yang belum dibelanjakan untuk bulan tersebut akan dibawa ke bulan berikutnya.

Walau bagaimanapun, baki yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2021 akan luput secara automatik dari akaun pemohon.

Cara semakan online

Selain SMS dari MyKasih, penerima PRIHATIN Kasih juga boleh membuat semakan secara online melalui laman web di sini : https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx

prihatin kasih

Masukkan nombor kad pengenalan dan kod captcha. Tekan butang “Semak Status” dan keputusan kelayakan akan dipaparkan.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MyKasih di bawah program PRIHATIN Kasih.

Kredit: MyKasih

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas