Connect with us

Oh! Media

Budak 2 Tahun Maut Disyaki Didera Kekasih Ibu Cedera Di Kepala, Lubang Dubur 

maut dera

Oh! Tidak

Budak 2 Tahun Maut Disyaki Didera Kekasih Ibu Cedera Di Kepala, Lubang Dubur 

Lagi kes budak didera! Kali ini melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di Taman Serai Permai Bagan Serai, Kerian Perak.

ADVERTISEMENT

Lapor Sinar Harian, hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah pendarahan di kepala akibat hentakan objek tumpul.

Selain itu, mangsa didapati cedera seluruh badan termasuk lubang dubur dan melecur akibat objek panas.

kanak-kanak didera

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff, pihaknya menerima laporan selepas suspek iaitu pasangan suami isteri berumur 62 dan 57 tahun membawa mangsa yang tak sedarkan diri ke klinik kesihatan.

Hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu merupakan anak jiran pasangan terbabit dan dijaga sementara oleh anak lelakinya yang berusia 26 tahun sejak Selasa lalu.

Kredit foto: Kosmo!

Sementara itu, ibu mangsa Siti Hasmiza Azizan berkata, ini merupakan kali ketiga anaknya diambil teman lelaki dan dibawa pulang ke rumah untuk diasuh.

Sebelum ini, Ayyash Aulian akan dihantar pulang pada hari sama.

Rumahnya hanya dua lorong dari kediaman kami. Selasa lalu dia datang ambil anak dan bawa pulang dan katanya biarlah dia jaga Ayyash Aulian.

Esoknya (Rabu) saya menghubunginya untuk bertanyakan keadaan anak dan dia kata anak suka tinggal di situ dan masih mendengar suara anak.

Pada Khamis, saya sekali menghubunginya namun dia marah, saya minta untuk dengar suara anak tetapi dia beritahu jangan ganggu kerana anak sedang tidur.

Dia yang berasa hairan segera ke rumah lelaki itu tapi pagar dan pintu utama rumah tertutup. Siti Hasmiza cuba hubungi sekali lagi dengan alasan nak bagi makanan tapi suspek marah.

Tak lama selepas tu, dia menerima panggilan minta segera ke Klinik Kesihatan (KK) Bagan Serai dan mendapati anak kayu tak bernyawa diselimutkan kain batik.

Katanya, dia meletakkan sepenuh perhatian kepada lelaki itu dengan harapan anak dapat kasih sayang ayah tetapi ini yang berlaku.

Kredit: Sinar Harian | Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas