Connect with us

Oh! Media

Polis Berjaya Tahan 5 Warga Asing Melacur

melacur

Trending

Polis Berjaya Tahan 5 Warga Asing Melacur

Tak sangka di saat dunia sedang dilanda pandemik Covid-19, ada lagi orang yang sanggup melanggan pelacur. Hanya ingin memuaskan nafsu sampai sanggup membiarkan diri terkena jangkitan.

ADVERTISEMENT

Aktiviti pelacuran juga dilihat kembali aktif selepas kelonggaran diberikan kerajaan. Bagaimanapun, segala gerak-geri mereka masih tetap diperhatian polis apabila berjaya menahan lima wanita warga asing.

Serbuan itu dilakukan dalam OP Noda di sebuah hotel di Jalan Pudu Ulu melibatkan 14 anggota dari Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Dalam serbuan itu, kami menahan lima wanita warga asing berusia antara 25 hingga 40 tahun yang disyaki terbabit dalam kegiatan pelacuran di premis berkenaan.

Selain itu, kami turut menahan tiga pelanggan lelaki tempatan berusia antara 20 hingga 36 tahun. Semua suspek yang ditahan akan direman hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan melakukan aktiviti pelacuran serta tiada pas lawatan atau permit sah untuk tinggal di negara ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff turut memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak terbabit dengan apa-apa kegiatan pelacuran.

Jika korang mengetahui mana-mana tempat melakukan aktiviti ini boleh hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/585 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas