Connect with us

Oh! Media

”Biarlah Benda Ini Jadi Privasi Untuk Keluarga Saya” – Zaquan Adha

Copy of Untitled Design   1

Oh! Tidak

”Biarlah Benda Ini Jadi Privasi Untuk Keluarga Saya” – Zaquan Adha

Suami kepada pelakon Ayu Raudhah, iaitu Zaquan Adha memohon orang ramai berhenti membuat spekulasi mengenai pemergian anak bongsu mereka, Muhammad Aisy Al Rees yang meninggal dunia semalam.

Menurut laporan Gempak, bekas pemain bola sepak kebangsaan itu juga mengucapkan terima kasih atas sokongan dan doa yang diberikan kepada keluarganya sepanjang saat sukar ini.

“Kami masih dalam keadaan terkejut” – Zaquan Adha

Zaquan aidiljpg

Zaquan mengakui bahawa dia dan keluarganya masih terkejut dengan kehilangan ini, apatah lagi anaknya berada dalam keadaan sihat sebelum ini.

IKLAN

Biarlah benda ini menjadi privasi untuk keluarga saya. Saya hanya bersyukur, mungkin apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya.

Kami masih dalam keadaan terkejut kerana baby dalam keadaan sihat dan baik. Kami sangat terkejut, jadi kami minta untuk beri ruang kepada kami sekeluarga.

Pemergian Muhammad Aisy Al Rees

Zaquan Adha

Sebelum ini, Zaquan memuat naik hantaran di Instagram, memaklumkan mengenai pemergian anak bongsunya itu. 

Walau bagaimanapun, pasangan ini memilih untuk tidak mendedahkan punca kematian dan meminta semua pihak menghormati privasi mereka.

#ApaKataOhmedia

Kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah. Hormatilah privasi keluarga yang sedang berduka dan elakkan membuat sebarang spekulasi yang boleh mengguris perasaan mereka. 

Semoga keluarga ini diberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini.

Copy of Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Gempak


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas