Connect with us

Oh! Media

Beranak Bayi Luar Nikah Dalam Lubang Tandas, Banduan Akhir Ini Tanggung Akibat, ‘Ex’ Pula Lari

banduan akhir

Oh! Tidak

Beranak Bayi Luar Nikah Dalam Lubang Tandas, Banduan Akhir Ini Tanggung Akibat, ‘Ex’ Pula Lari

Seorang wanita menanggung akibat selepas disabitkan bersalah di atas pertuduhan membunuh bayinya sendiri pada 2017.

ADVERTISEMENT

Wanita yang sedang menjalani hukuman di Penjara Pokok Sena itu dilaporkan terlanjur dengan teman lelaki ketika berada di tahun pertama universiti. Semasa kesalahan dibuat, dia baru berusia 19 tahun.

Banduan akhir dijatuhi hukuman mati

@netyfaa

Banduan akhir. Korban cinta. Dia insan terpilih..

♬ PadaMu Ku Bersujud – dzaqrazky

Menerusi perkongsian aktivis masyarakat Natipah Abu di TikTok, banduan akhir itu tak tahu bahawa dirinya mengandung dan melahirkan bayi luar nikah di tandas kolej selepas merasa sakit perut.

Bayi yang dia sendiri tidak lihat walau sebelah mata itu jatuh ke dalam mangkuk tandas lalu mati. Bayi lelaki itu merupakan benih cinta terlarang dia dan kekasih hati yang kini entah di mana. Ketika itu dia baru 19 tahun. Sudah 7 tahun segalanya berlalu. Dia merayu pengampunan dari Allah SWT.

Di penjara, dia tak dibenarkan mendekati rakan senasib dan dikurung seorang diri di dalam selnya. Semasa bertemu dengan wartawan di majlis berbuka puasa, banduan ini meluahkan rasa rindu dengan rendang dan ketupat hasil air tangan ibu.

@hmetromy Nur (bukan nama sebenar) sedang menjalani hukuman di Penjara Pokok Sena, atas kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh bayinya. Klik untuk berita penuh #beritaditiktok #penjara #buangbayi ♬ original sound – Harian Metro

Kredit: Natipah Abu | Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas