Connect with us

Oh! Media

Bengang Selalu Kena Tinggal, Seorang Isteri Lelong Suami Gemar Memancing

lelong

Trending

Bengang Selalu Kena Tinggal, Seorang Isteri Lelong Suami Gemar Memancing

Kejadian di Marton, New Zealand, seorang wanita telah lelong suaminya di sebuah platform jual beli tempatan kerana bengang selalu kena tinggal jaga dua anak sendirian.

ADVERTISEMENT

BACA: Isteri Terkejut Netizen Dakwa Suaminya Meninggal Sebab Dos Penggalak

Menerusi laporan Awani, suami kepada Linda, John McAlister dilelong di laman web Trade Me dengan informasi lengkap berkenaan usianya 37 tahun, tinggi 185.4 sentimeter dan seorang petani daging lembu.

Pergi memancing ketika bercuti

lelong

Linda mengatakan aktiviti memancing bukanlah sesuatu yang ganjil kerana suaminya memang selalu melakukan aktiviti tersebut.

Namun, perbuatan suaminya dianggap berlebihan kerana meninggalkan Linda bersendirian bersama anak-anak ketika mereka sedang bercuti.

John yang mengetahui akan lelongan yang dibuat oleh isterinya itu hanya ketawa dan merasakan perbuatan isterinya itu ‘kelakar.’

Linda bukan saja melelong suaminya secara ‘kosong’ tetapi dia juga beri nasihat dan mengingatkan golongan lelaki agar menjaga anak-anak ketika cuti sekolah dan jangan selalu tinggalkan isteri seorang diri.

Semoga para lelaki di luar sana mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah ini. Tak salah pun nak ada hobi pergi memancing, tetapi berpada-padalah ya!

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas