Connect with us

Oh! Media

Isteri Terkejut Netizen Dakwa Suaminya Meninggal Sebab Dos Penggalak

dos penggalak

Trending

Isteri Terkejut Netizen Dakwa Suaminya Meninggal Sebab Dos Penggalak

Pagi tadi (19.1.2022) sebuah restoran di Bukit Sentosa dikejutkan dengan kematian seorang lelaki yang sedang sarapan. Gambar arwah tersebar dan orang ramai mula membuat andaian kematian lelaki ini berpunca dari dos penggalak.

ADVERTISEMENT

Dakwaan liar itu bagaimanapun dinafikan isteri arwah, Rabunah Abdu Rashid dan menjelaskan suaminya Hamsan Hashim memang ada penyakit jantung dan darah tinggi.

Sebelum kejadian, suami memaklumkan dia mahu bersarapan dengan rakannya di restoran berkenaan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah kami sebelum pergi ke tempat kerja.

Kira-kira 7.15 pagi saya menerima panggila daripada seseorang yang memaklumkan suami pengsan di restoran terbabit sebelum saya bergegas ke sana. Sebaik tiba, saya melihat suami sudah tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

Menurut Rabunah, arwah suaminya itu menghidap dua penyakit berkenaan sejak 5 tahun lalu dan mendapatkan pemeriksaan perubatan setiap bulan di Hospital Selayang.

Arwah turut disahkan menerima suntikan dos penggalak pada 12 Januari lepas tetapi tidak mengeluh dan mengadu apa-apa simptom yang serius. Arwah hanya mengalami lenguh pada bahagian tangan selepas menerima suntikan.

Terkejut dengan dakwaan dari netizen tentang punca kematian arwah suami

Saya meminta mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu ini supaya berhenti berbuat demikian. Saya dan keluarga termasuk tiga anak berusia 13 hingga 20 tahun reda dengan pemergian suami.

Jenazah Hamsan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Beruntung pada jam 3 petang tadi. Semoga roh arwah ditempatkan bersama orang beriman dan salam takziah buat keluarga. Al-Fatihah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas