Connect with us

Oh! Media

Bekas Mudir Madrasah Tetap Akan Dipenjara Atas Kesalahan Lakukan Kelucahan Melampau

Mudir madrasah gangguan seksual ohmedia

Oh! Tidak

Bekas Mudir Madrasah Tetap Akan Dipenjara Atas Kesalahan Lakukan Kelucahan Melampau

Setiap kesalahan tidak akan lari daripada hukuman Mungkin selamat di dunia tetapi tidak di akhirat kelak. Apapun, seorang bekas mudir sebuah madrasah di Machang, Kelantan kekal menerima hukuman penjara 13 bulan.

Sebelum ini, pesalah iaitu Syamsul Zaman Sukri, 36 telah didapati bersalah melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki di sebuah hotel. Pesalah kemudian membuat permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Mahkamah mendapati tiada merit dalam permohonan pemohon. Oleh itu, permohonan kebenaran merayu ditolak. – Kata Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hadhariah Syed Ismail.

Sebelum ini, pesalah yang turut dikenali sebagai ‘Ustaz Budak’ telah melakukan kelucahan melampau ke atas seorang lelaki berusia 30 tahun dengan mencium pipi mangsa di sebuah hotel di Kota Bharu.

IKLAN

Pesalah juga pernah didakwa atas 10 kes membabitkan jenayah seksual termasuklah melakukan perkara terkutuk ke atas pelajarnya. Kes ini bagaimanapun masih dalam peringkat perbicaraan dan jika bersalah, lebih banyak hukuman akan diterimanya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas