Connect with us

Oh! Media

PU Azman

Oh! Tidak

Bekas Banduan Dedah Apa Yang PU Azman Buat Sepanjang Jalani Hukuman Di Penjara

Seorang bekas banduan berkongsi pengalaman ketika menjalani hukuman di Penjara Kajang dan dia sempat bertemu dengan penceramah bebas, PU Azman.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, bekas banduan itu mendedahkan bahawa PU Azman atau nama sebenarnya Azman Shah Alias sering memberikan tazkirah kepada banduan lain.

IKLAN

PU Azman ‘sporting’, hari-hari bagi tazkirah macam dekat dalam studio. Kita dekat sana tercengang tengok.

“Semua sama, tak kira siapa” – Bekas banduan

Lelaki tersebut turut berkongsi bahawa kehidupan dalam penjara mengajar mereka untuk hidup tanpa membezakan status sosial.

Seronok la artis, dekat sana kita macam kawan-kawan. Tak kiralah kamu menteri ke, tukang cuci ke, semuanya sama.

Bukan tu jer, dia turut bercerita tentang seorang banduan yang menjalani hukuman paling lama di penjara berkenaan, iaitu selama 400 tahun!

Hukuman terhadap PU Azman

Sebagai rekod, PU Azman dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang pada 27 September lalu. 

Beliau didapati bersalah atas dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.

Pada 6 Disember 2024, Mahkamah Majistret Klang menjatuhkan hukuman tambahan penjara 14 bulan selepas PU Azman mengaku bersalah atas kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki berumur 18 tahun.

#OhmediaNasihat

Kehidupan dalam penjara adalah satu pengajaran besar untuk mereka yang terhukum. Walau bagaimanapun, kisah ini mengingatkan kita tentang pentingnya kesedaran moral dan tanggungjawab terhadap masyarakat. Semoga sesiapa yang terhukum dapat menjadikan pengalaman ini sebagai peluang untuk berubah ke arah kebaikan.

PU Azman

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Tiktok


Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ke Atas