Connect with us

Oh! Media

Penceramah Bebas Ditahan, Tergamak Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak Rakan

dos penggalak

Oh! Tidak

Penceramah Bebas Ditahan, Tergamak Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak Rakan

Seorang penceramah bebas ditahan berhubung kes amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang merupakan anak kepada rakannya sendiri. Allahu..

ADVERTISEMENT

BACA : Wanita Selamba Biarkan Budak Lelaki Kencing Dalam Botol Di Kedai Makan

Menurut laporan Berita Harian, kejadian berlaku pada Mac lalu di sebuah rumah bot di Hulu Terengganu dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Suffian Sulaiman.

Pada awalnya, mangsa yang berusia 5 tahun itu mengikuti keluarganya menyertai sebuah program yang diadakan suspek itu dirumah bot berkenaan. Kemudian, lelaki yang berusia 61 tahun itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.

Ketika kejadian, mangsa hanya ditemani ayah dan neneknya sementara ibu mangsa tidak mengikuti program berkenaan.

Difahamkan, mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebaik pulang daripada program berkenaan sebelum satu laporan polis dibuat untuk tindakan lanjut.

Suspek ditahan setelah memberi keterangan di balai polis dan telah direman selama dua hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas