Connect with us

Oh! Media

Baru Bebas 2 Hari Lalu, Seorang Bekas Banduan Dijel Lagi 2 Tahun

Trending

Baru Bebas 2 Hari Lalu, Seorang Bekas Banduan Dijel Lagi 2 Tahun

Bagai ulat nangka terhempas ke batu, itulah peribahasa yang sesuai digambarkan kepada seorang individu yang juga seorang bekas banduan yang baharu sahaja bebas dari penjara dua hari lalu, kini dia sekali lagi dihukum penjara selama dua tahun atas pertuduhan melakukan perkara yang sama.

ADVERTISEMENT

Individu tersebut telah dihukum penjara oleh Mahkamah Majistret Selayang atas pertuduhan melakukan pencurian motosikal minggu lalu.

Tertuduh yang dikenali sebagai S. Nagendran, 39, dijatuhi hukuman tersebut oleh Majistret Nik Fadli Nik Azlan selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya dan akan menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkapnya pada 10 Julai lalu.

Menurut pada pertuduhan, tertuduh didakwa telah mencuri sebuah motosikal milik seorang individu yang merupakan seorang tukang masak yang bernama Soon Tek Chai, 36, di hadapan sebuah kedai Kopitiam, Taman Seri Batu Caves, Gombak, antara pukul 7.10 petang dan 8.30 pagi, pada 9 hingga 10 Julai lalu.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, Soon mendapati motosikal miliknya yang diletakkan di hadapan kedai tempat dia bekerja telah hilang dan bertindak membuat laporan polis.

Berdasarkan hasil siasatan dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), polis menahan tertuduh di hadapan sebuah kedai serbaneka.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara minimum setahun dan tidak melebihi tujuh tahun serta boleh dikenakan denda.

Sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisak Hassni memohon mahkamah untuk menjatuhkan hukuman setimpal setelah tertuduh sebelum ini pernah dipenjara kerana kesalahan mencuri motosikal dan atas faktor tertuduh ditangkap ketika membawa motosikal yang dicurinya.

Namun, peguam dari Yayasan Peguan Kebangsaan (YBGK), M. Mariappan, yang mewakili tertuduh memohon hukuman diringankan atas faktor dia masih menanggung seorang anak dan isteri.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas