Connect with us

Oh! Media

Bapa Mangsa Dera Dakwa Anak Dilarikan Bekas Isteri, Rupanya Dah Setahun Cari

ibu kandung

Oh! Tidak

Bapa Mangsa Dera Dakwa Anak Dilarikan Bekas Isteri, Rupanya Dah Setahun Cari

Di TikTok, tular video memaparkan perkembangan terkini kanak-kanak lelaki 7 tahun yang disyaki didera ibu kandung dan rakan pengkid.

ADVERTISEMENT

BACA: Jiran Bongkar Budak 7 Tahun Kena Dera, Ibu Dan Kawan Pengkid Menangis Minta Dilepaskan

Perkongsian video memaparkan keadaannya di hospital itu dimuat naik oleh bapa kandungnya. Difahamkan, mereka sudah bertemu mata dan kanak-kanak itu dilihat ceria.

anak
Kredit TikTok @amirulhaizad55

Menerusi ruangan komen, si bapa ada menjawab pertanyaan netizen mengenai lokasinya ketika anak didera.

Dakwa bapa, bekas isteri telah melarikan anak dan mereka terputus hubungan sejak September 2022. Selama setahun dia mencari anak dan mendapat khabar rupanya anak didera.

anak dera

Jelas bapa lagi, dia tak pernah memukul anak dan berharap Allah SWT memberinya kekuatan. Dia berjanji akan menjaga anak dengan baik dan berusaha semampunya.

Apa yang papa buat untuk anak-anak papa tu antara papa dengan Allah. Janji papa sayang anak-anak papa. Anak-anak papa dunia akhirat papa..#iloveyoumyson

Terdahulu, Bernama melaporkan jiran kerap mendengar Iman menangis kena marah dan pukul sejak dua minggu kebelakangan ini.

30 Jun lalu, jiran-jiran sekeliling mendengar ibu kandung dan rakan pengkidnya memarahi Iman kerana Iman ‘terlepas’ bermain di luar kawasan rumah.

Iman juga dikatakan sering ditinggalkan seorang diri ketika ibu dan rakan pengkid bekerja di Singapura. Sejak tinggal di taman perumahan itu pada April lalu, Iman hanya dibenarkan bermain di dalam kawasan rumah.

Kredit: Tiktok | Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas