Connect with us

Oh! Media

Jiran Bongkar Budak 7 Tahun Kena Dera, Ibu Dan Kawan Pengkid Menangis Minta Dilepaskan

dera

Oh! Tidak

Jiran Bongkar Budak 7 Tahun Kena Dera, Ibu Dan Kawan Pengkid Menangis Minta Dilepaskan

Tular di media sosial hari ini rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki 7 tahun menjadi mangsa dera disyaki perbuatan ibu kandungnya sendiri.

ADVERTISEMENT

BACA: Polis Buru Suami Hilangkan Diri Lepas Isteri Disahkan Maut Disyaki Didera

Dalam video itu, kelihatan beberapa orang lelaki iaitu jiran tetangga menyerbu rumah dan ibu yang ketakutan dilihat menangis.

dera anak
Kredit video: Jabatan Netizen Negara

Jiran tetangga terkejut melihat kecederaan serius di belakang badan kanak-kanak itu seakan-akan melecur sehingga berlubang.

Kau buat apa macam ni anak kau? Ya Allah. Apa benda si*l. Kau ada otak ke takde otak? Ni kes dera bodoh.. Panggil polis lah. Aku akan pastikan kau dua orang masuk ke dalam.

Lapor Berita Harian, kejadian berlaku sekitar Bandar Layangkasa dekat Pasir Gudang, Johor Bahru.

dera anak

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, ibu tunggal berusia 27 tahun dan temannya seorang wanita berperwatakan lelaki (tomboy) berusia 30 tahun ditahan untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas