Connect with us

Oh! Media

Bakal Pengantin Dirogol Bomoh Semasa Rawatan Gangguan Makhluk Halus

Oh! Tidak

Bakal Pengantin Dirogol Bomoh Semasa Rawatan Gangguan Makhluk Halus

Di Pasir Mas, Kelantan, seorang gadis berusia 23 tahun mendakwa telah dicabul dan dirogol seorang pengamal perubatan tradisional semasa sedang mendapatkan rawatan gangguan makhluk halus.

ADVERTISEMENT

BACA: Konon Nak Tutup Aib Keluarga, Pelajar Jadi Mangsa Rogol Bomoh ‘Pindah Janin’

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, pengamal perubatan yang dikenali sebagai Ayah Su didakwa memperdaya mangsa apabila bertindak mencabul dengan cara menyentuh kemaluan mangsa sebelum melakukan persetubuhan.

dirogol

Menurutnya, kaedah rawatan jijik itu terbongkar apabila mangsa membuat laporan polis Khamis lalu.

Mangsa yang berumur 23 tahun dan bekerja sebagai pembantu kedai telah ke rumah Ayah Su di Tendong bersama bakal suami dan ibunya pada jam 3 petang untuk mendapatkan rawatan.

Apabila tiba di rumah itu mangsa telah berjumpa dengan suspek dan isterinya, ‘Mak su’ berusia 60-an yang bertindak sebagai pembantu Ayah Su.

Beliau berkata, suspek yang merupakan seorang pesara kerajaan telah meminta mangsa masuk ke dalam bilik rawatan melalui pintu belakang rumah.

Semasa berada di dalam bilik rawatan itu, suspek meminta mangsa menanggalkan seluar. Semasa proses rawatan berlangsung, suspek telah menggosok paha dan kemaluan mangsa. Suspek juga telah memasukkan jari ke dalamnya.

Selepas itu, suspek bertindak memasukkan alat sulitnya pula.

Suspek dipercayai telah memberi amaran kepada mangsa supaya tidak menceritakan kejadian kepada sesiapa. Mangsa turut diminta datang sekali lagi untuk rawatan susulan.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa mengenali suspek di sebuah kedai. Suspek memberitahunya bahawa mangsa mengalami gangguan makhluk halus dan perlu dirawat secara tradisional olehnya.

Kini, suspek telah ditahan reman bermula semalam sehingga 22 Oktober ini. Kes disiasat mengikut 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika didapati bersalah.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top