Connect with us

Oh! Media

Konon Nak Tutup Aib Keluarga, Pelajar Jadi Mangsa Rogol Bomoh ‘Pindah Janin’

Trending

Konon Nak Tutup Aib Keluarga, Pelajar Jadi Mangsa Rogol Bomoh ‘Pindah Janin’

Di Jawa Tengah Indonesia, seorang gadis berusia 16 tahun menjadi mangsa rogol seorang lelaki yang mengaku bomoh. Difahamkan, mangsa telah dihantar keluarga ke rumah suspek untuk upacara menggugurkan kandungan dengan ‘memindahkan janin’ lepada wanita lain.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Kompas.com, keluarga mahu menutup aib kerana mangsa telah hamil lima bulan hasil hubungan terlarang. Keluarga juga tidak mahu pelajarannya hancur dengan kehadiran bayi luar nikah berkenaan.

Sekadar gambar hiasan

Timbalan Ketua Polis Kebumen, Arwansa berkata untuk ritual tersebut, bomoh meminta pelajar berkenaan ditinggalkan selama seminggu di rumahnya manakala keluarga diminta pulang.

Mangsa telah dirogol sekurang-kurangnya sebanyak tiga kali dengan alasan itu adalah ritual pemindahan janin. Untuk meyakinkan mangsa, suspek juga telah berpura-pura membaca jampi.

Perbuatan jijik ini akhirnya terbongkar apabila jiran-jiran melihat mangsa dalam keadaan sugul di hadapan rumah suspek. Apabila ditanya mengenai kedatangannya ke rumah ‘bomoh’ berkenaan, barulah mangsa membuka mulut mengatakan dia telah dijadikan tempat melempiaskan nafsu.

Menurut laporan lagi, suspek yang berusia 44 tahun berdepan tuduhan di bawah Akta Perlindungan Anak Menjadi Undang-Undang dengan maksimum penjara 15 tahun penjara serta denda maksimum 5 juta rupiah (RM1,425).

Kredit: Kompas.com

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas