Connect with us

Oh! Media

“Anak Saya Tak Pernah Tidur Dalam Buaian” – Bapa Nour Rania

nour rania

Trending

“Anak Saya Tak Pernah Tidur Dalam Buaian” – Bapa Nour Rania

Semalam, kita dikejutkan dengan berita seorang bayi yang bernama Nour Rania Asyifaa, berusia 15 bulan meninggal dunia kerana kepalanya tersangkut pada buaian.

ADVERTISEMENT

BACA: Kepala Tersangkut Pada Buaian, Bayi 15 Bulan Meninggal Di Rumah Pengasuh

Menurut Kosmo, Yuseri Yusoff, bapa kepada Nour Rania mengatakan anaknya itu berada dalam keadaan yang baik sebelum dihantar ke pusat jagaan tersebut.

Kejadian ini merupakan ujian berganda buat Yuseri dan Isteri

nour rania

Sebelum ini, anak saya tidak pernah tidur dalam buaian tetapi ketika kejadian pengasuh mele­takkannya di dalam buaian kerana dia susah hendak tidur.

Saya terkejut apabila isteri memaklumkan anak sudah tidak bernafas dan pengasuh menghantarnya ke Klinik Kesihatan Sendayan pukul 3.45 petang.

Bagaimanapun, selepas setengah jam doktor memaklumkan pernafasan anak sudah ‘tiada’.

Kematian Nour Rania merupakan ujian berganda kepada Yuseri dan isterinya kerana pada tahun 2020, mereka telah kehilangan anak kedua ketika masih bayi lagi, akibat komplikasi.

Anak pertama Yuseri juga dikatakan pernah dihantar ke pusat jagaan yang sama sebelum ini. Yuseri telah menghantar Nour Rania sejak setahun yang lalu di pusat jagaan tersebut.

Saya terima kejadian ini ke­rana perkara sudah berlaku, yang selebihnya saya serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Pihak pusat jagaan ada me­minta maaf kepada kami sekeluarga atas kejadian ini. Difahamkan pihak polis turut merakam percakapan ibu bapa lain yang menghantar anak ke pusat itu.

Nour Rania telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Kundang, Batu 14, Hulu Langat semalam.

Semoga pemergian bayi Nour diredhai dan ditempatkan di Syurga Firdaus.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas