Connect with us

Oh! Media

Kepala Tersangkut Pada Buaian, Bayi 15 Bulan Meninggal Di Rumah Pengasuh

bayi 15 bulan

Oh! Tidak

Kepala Tersangkut Pada Buaian, Bayi 15 Bulan Meninggal Di Rumah Pengasuh

Kejadian di Bandar Sri Sendayan, Seremban Negeri Sembilan, seorang bayi perempuan yang baru 15 bulan lahir di muka bumi ini ditemui tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya.

ADVERTISEMENT

BACA: Bayi Terkeluar Dari Rahim, Wanita Mengandung 9 Bulan Maut Kemalangan

Menerusi laporan Kosmo, doktor di Klinik Kesihatan Sendayan telah mengesahkan kematian Nour Rania Asyifaa Yuseri, bayi perempuan tersebut pada jam 4.30 petang.

Pengasuh menjalankan ujian CPR

bayi 15 bulan

Asisten Komisioner Nanda Maarof, Ketua Polis Daerah Seremban mengatakan, hasil siasatan mendapati selepas pengasuh memberikan susu kepada mangsa, dia telah ditidurkan dalam buaian bersama dua kanak-kanak lain di dalam sebuah bilik.

Selepas itu pengasuh telah keluar dari bilik pada pukul 2 petang untuk tujuan tugasan lain kemudiannya pada 3 petang pengasuh telah masuk semula ke bilik dan mendapati bayi itu dalam keadaan kepala tersangkut pada kain buaian.

Pengasuh terus mengambil bayi itu dari buaian dan menjalankan ujian proses bantuan pernafasan (CPR), tetapi dia gagal bernafas semula dan terus membawanya ke Klinik Kesihatan Sendayan pada pukul 3.45 petang sebelum disahkan meninggal dunia.

Bayi kecil yang tiada dosa itu telah dijumpai tidak sedarkan diri di dalam bilik. Bahagian leher dan kepalanya telah terkeluar daripada buaian dan tergantung pada kain buaian, manakala badan bayi masih terletak di dalam buaian.

Semasa kejadian, dua orang pengasuh bersama 15 kanak-kanak lain, termasuk mangsa berada di dalam rumah teres tersebut.

Rumah pengasuh ini telah berfungsi sejak tahun 2019 dan menjaga kanak-kanak yang berumur enam bulan hingga tujuh tahun.

Bayi telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk dibedah siasat dan punca sebenar mangsa meninggal dunia masih belum diketahui.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas