Connect with us

Oh! Media

Anak Arwah Pengasas Dnars, Irdina Hakim Dakwa Disihir Selepas Kematian Ibunya Yang Terbabit Dalam Kemalangan

Irdina Hakim

Oh! Tidak

Anak Arwah Pengasas Dnars, Irdina Hakim Dakwa Disihir Selepas Kematian Ibunya Yang Terbabit Dalam Kemalangan

Irdina Hakim yang merupakan anak kepada pengasas kosmetik Dnars, Allahyarham Faziani Rohban dakwa ada pihak menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkannya. Busuk sungguh hati!

ADVERTISEMENT

Menerusi Tiktok, terdapat satu video dimuat naik Irdina membalas komen pengikutnya yang berkongsi mengenai pengalaman kena sihir.

https://www.tiktok.com/@dnarfaziani4/video/7330627711955782930?_r=1&_t=8jWUQzdyf83&social_sharing=1

Kalau korang tengok video itu, Irdina ada mendedahkan yang dia pernah berdepan situasi sama selepas kematian ibunya.

Semasa arwah mummy saya ada, saya tak pernah kena pun macam ni. Tapi betul-betul selepas arwah mummy tak ada saya kena penyakit ini.

Ada juga orang tak puas hati dengan perniagaan, jadi orang hantar kepada saya memandangkan saya adalah muka depan untuk jenama ini.

Perkara itu buatkan anak kepada pengasas Dnars ini mengalami masalah kesihatan mental yang teruk.

Saya sedang lalui sekarang adalah rasa anxiety, depresi dan stres.

Sekadar info, pengasas produk Dnars iaitu Allahyarham Faziani meninggal dunia pada 18 Mei 2019 selepas kenderaan yang dinaikinya terbabit dalam satu kemalangan di Pattani, Thailand.

Kemalangan tragis yang berlaku pada bulan Ramadan itu ketika Faziani dan suaminya dalam perjalanan ke rumah anak-anak tahfiz bagi menyampaikan sumbangan.

Kredit: Tiktok Irdina Hakim

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas